Ihsan imej: Pinterest.com |
Tekanan emosi pula merupakan
sesuatu yang memang tidak asing lagi bagi orang yang kerap menghadapi masalah.
Tekanan emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia.
Berikut
adalah 3 tanda anda sedang mengalami tekanan emosi:
1.
Gangguan tidur
Tidur merupakan keperluan biologi badan
yang normal bagi setiap individu. Orang dewasa memerlukan 6-8 jam tidur sehari.
Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang manakala golongan
warga emas memerlukan masa yang lebih pendek antara 4-5 jam sehari. Apabila
sesorang mengalami tekanan emosi, kitaran rutin tidurnya akan terganggu dan ada
kalanya sampai susah untuk melelapkan mata.
2.
Kesukaran
mengawal emosi negatif
Seseorang itu akan cenderung untuk
memindahkan emosi yang tidak stabil terhadap orang sekeliling mereka.
Contohnya, suami yang baru pulang dari kerja membawa emosi negatif seperti
sifat marah dan mempamerkan emosi tersebut kepada anak-anak dan isteri. Apabila
kita sukar untuk mengawal emosi negatif tersebut, itu menandakan kita sedang
mempunyai bebanan perasaan yang berlebihan.
3.
Tingkah laku obsesif
kompulsif
Perilaku obsesif merujuk kepada minda yang was-was dan
disertai dengan perasaan bimbang. Tingkah laku kompulsif pula ialah tingkah
laku yang cenderung di lakukan berulang-ulang. Contohnya, seseorang individu
itu sentiasa berulang kali memeriksa sama ada pintu keretanya telah dikunci
atau tidak dan tetap akan was-was sama ada telah melakukannya atau tidak.
Oleh itu, setiap individu
perlu menjaga kesihatan bukan hanya fizikal semata-mata tetapi kesihatan mental
juga perlu di ambil berat. Tekanan emosi yang ringan akan membuka ruang kepada
masalah mental yang lebih berat.
Berjumpa dengan pakar psikologi kaunseling
adalah salah satu cara agar kita dapat menikmati kehidupan yang positif dan
terhindar dari tekanan.
Disediakan oleh,
Puan Nurul Huda Musa,
Pensyarah Jabatan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,
Kolej UNITI Port Dickson.
0 comments:
Post a Comment