"Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya".
Pepatah di atas merujuk kepada pendidikan hari ini yang perlu dititikberatkan seawal usia dalam melahirkan modal insan yang berkualiti dan seimbang merangkumi semua aspek perkembangan. Pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan dan berkembang seiring dengan perkembangan individu seseorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran untuk diaplikasikannya dalam kehidupan sehariannya atau di masa akan datang.
Hakikatnya, pendidikan awal kanak-kanak pada hari ini adalah sangat penting sebagai persediaan sebelum anak kecil ke sekolah rendah dalam usaha membangunkan modal insan yang seimbang dan holistik merangkumi aspek JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Menurut Kostelnik dan rakan-rakan (1993),‘awal kanak-kanak’ merujuk kanak-kanak sejak daripada lahir sehingga berumur 8 tahun iaitu kanak-kanak di taman asuhan atau taman didikan, prasekolah dan sekolah rendah. Dengan adanya satu sistem pendidikan atau program khusus yang ditawarkan oleh pemilik pusat pendidikan hari ini, ia secara tidak langsung membantu meningkatkan kesedaran ibu bapa mengenai kepentingan pendidikan awal kanak-kanak. Menyedari akan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak ini, kewujudan pusat pendidikan awal kanak-kanak atau Taska pada hari ini tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan dan boleh dikatakan, pasti ada pihak yang mengusahakannya di setiap satu kawasan perumahan.
Potensi perniagaan dalam industri Taska yang semakin berkembang pesat akhir-akhir ini dilihat telah menarik lebih ramai usahawan muda termasuklah graduan yang bukan sahaja terdiri daripada golongan wanita tetapi juga lelaki. Secara umumnya, perniagaan dalam pusat pendidikan awal kanak-kanak masih luas untuk diterokai oleh usahawan tempatan memandangkan ia menjadi keperluan kepada ibu bapa bagi memastikan kesediaan anak-anak mereka sebelum ke alam persekolahan.
Oleh itu, usahawan muda yang berminat untuk menerokai bidang ini bukan sahaja perlu mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam pengurusan pusat asuhan kanak-kanak tetapi hakikatnya perlu mempunyai pengetahuan dalam memahami keperluan dan kehendak kanak-kanak seiring dengan perkembangan usia mereka.
Realiti hari ini, industri pendidikan awal kanak-kanak sentiasa berkembang dan tidak mempunyai kesan serius sekiranya berdepan dengan cabaran ekonomi kerana ia merupakan keperluan dalam bidang pendidikan. Hakikatnya Taska pada hari ini merupakan salah satu keperluan orang ramai di mana sahaja, selagi wujudnya komuniti masyarakat. Taska kini bukan sahaja satu perniagaan yang dijalankan untuk menjaga dan mendidik kanak-kanak tetapi juga turut mampu menjana pendapatan sendiri.
Namun, yang menjadi isu ialah mengenai kelayakan pendidik di Taska! Selain mempunyai minat dan penyayang terhadap kanak-kanak, pendidik Taska juga perlu memiliki kelayakan akademik dalam bidang ini bagi menambah nilai dalam diri mereka kerana cabarannya adalah mereka akan berdepan dengan kanak-kanak yang perlu mendapatkan bimbingan yang betul. Ini memberi peluang pekerjaan kepada graduan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak untuk menceburi perniagaan Taska, malah mereka perlu mengambil peluang untuk mengikuti Kursus Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Permata (KAP) iaitu kursus yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dalam menjalankan pengasuhan dan didikan kanak-kanak di Taska.
Menurut Puan Rosmaria Mohd Sahat, Pengarah Urusan Rehal Solutions Sdn Bhd yang merupakan salah satu agensi yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) bagi menganjurkan Kursus Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Permata (KAP), industri ini semakin menjadi tarikan usahawan muda sebagai salah satu perniagaan yang berpotensi dalam menjana pendapatan dan menguntungkan. Perkembangan pesat industri ini dapat dilihat dengan kehadiran lebih ramai peserta untuk menyertai kursus wajib KAP termasuk para pensyarah bagi menerokai dunia keusahawanan dan pendidikan awal kanak-kanak.
Memetik petikan daripada Dialog Bersama Menteri bertajuk 'Wawasan Baharu Ke Arah Pembangunan Masyarakat' di Institut Sosial Malaysia yang diadakan pada Bulan Oktober 2016 yang lepas, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Dato’ Seri Rohani Abdul Karim menitikberatkan kualiti pengasuh yang perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam mendidik anak-anak di Taska. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meletakkan syarat bahawa pengasuh bagi Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) perlu memiliki sekurang-kurangnya diploma dalam pengurusan pendidikan awal kanak-kanak.
Dalam ucapan perasmian, Dato’ Seri Rohani menegaskan bahawa keperluan bagi memastikan pendidik atau pengasuh Taska memiliki diploma merupakan usaha kerajaan untuk mendapatkan acuan terbaik dalam mendidik kanak-kanak. Maka, cabarannnya, pendidik hari ini perlu mempunyai pengetahuan dan mencapai kualiti untuk mengasuh dan mendidik kanak-kanak di bawah umur tiga tahun seiring dengan pembangunan pendidikan kanak-kanak di negara maju yang lain. Realitinya, pengasuh kanak-kanak di Negara maju memang dilatih secara profesional dan tahap pendidikan minimum mereka mestilah diploma.
Seiring dengan hasrat dan seruan kerajaan, gaduan yang memiliki diploma dalam pendidikan awal kanak-kanak mempunyai kelebihan untuk terlibat dalam pendidikan dan pengasuhan kanak-kanak di Taska. Justeru itu, pendidik anak-anak kecil pada hari ini sebenarnya bukan sahaja perlu menguasai teori semata-mata tetapi mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam mendidik anak-anak syurga ini. Sikap mengambil mudah mengenai didikan awal anak kerana menganggap si kecil itu tidak mungkin dapat memahami pelajaran perlu ditolak dalam skema pemikiran pendidik pada hari ini.
Pendidik perlu lebih kreatif dalam melihat sejauh mana perkembangan yang dapat dicapai oleh kanak-kanak selain membentuk sahsiah diri serta menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Hakikatnya, untuk mengajar anak-anak kecil, kaedah formal tidak diperlukan malah hakikatnya lebih mirip kepada bermain. Oleh itu, menerusi cara bermain dan melakukan pelbagai aktiviti menyeronokkan di Taska merupakan terapi yang dapat membantu dalam merangsang perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Inilah yang perlu dikuasai oleh pendidik atau pengasuh hari ini!
Justeru itu, ilmu dan pengetahuan graduan dalam pendidikan awal kanak-kanak pada hari ini perlu dimanfaatkan pada landasan yang betul untuk pembangunan modal insan yang berkualiti. Sumbangan dan kepakaran mereka ini yang diperlukan dalam membangunkan industri pendidikan awal kanak-kanak pada hari ini dan seterusnya melahirkan generasi pewaris Negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang! Sekiranya seorang kanak-kanak mendapat pendidikan asas yang berkualiti, maka diyakini bahawa kanak-kanak tersebut akan terus berjaya dalam pendidikan yang akan dilalui pada peringkat yang lebih tinggi!
Disediakan Oleh,
Cik Nur Akmar Binti Mohd Arif,
Pensyarah,
Jabatan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia,
Kolej Uniti Port Dickson
Wednesday, 28 December 2016
TIPS MEMBANTU KANAK-KANAK LELAKI LEBIH KREATIF-Fatimah bt Kamaruddin
Setiap individu mempunyai kreativiti yang dianugerahkan secara semulajadi. Dengan bimbangan ia dapat dihasilkan dalam bentuk karya yang lebih menarik. Kalau dilihat secara rawak kanak-kanak mempunyai sifat semulajadi yang sememangnya kreatif. Namun mentaliti masyarakat kita pada hari ini hanya melihat kanak-kanak perempuan sahaja yang kreatif. Maka apa yang dilakukan oleh kanak-kanak lelaki dianggap sebagai sia-sia sahaja dan dianggap tidak kreatif. Pernahkah kita terfikir kanak-kanak lelaki lebih memerlukan perhatian khusus berbanding kanak-kanak perempuan? Maka wajarlah sekiranya kita meneliti perkara-perkara yang boleh membantu kanak-kanak lelaki untuk lebih kreatif.
Menurut E. Paul Torrance (1991), pelajar yang kreatif belajar melalui pemerhatian, penerokaaan serta persoalan. Setiap individu mempunyai kreativiti yang dianugerahkan secara semulajadi. Dengan adanya bimbingan ia dapat dilakukan dalam bentuk karya yang lebih menarik.
Seni memainkan peranan yang penting dalam pendidikan kanak-kanak. Hal ini kerana gabung jalin seni dalam pembelajaran akan membuatkan mereka berasa lebih gembira dan seronok untuk belajar. Terapi seni juga berupaya meningkatkan tahap keyakinan dan optimistik dalam diri kanak-kanak.
Pendekatan dan penglibatan kanak-kanak dalam pelbagai jenis pengalaman adalah sangat penting terutama bagi kanak-kanak lelaki yang berada dalam lingkungan umur 4 – 9 tahun. Dimana dalam hal ini kanak-kanak belajar melalui pembelajaran sendiri yang mana memberi lebih kepuasan serta pengalam yang tersendiri. Proses ini meningkatkan perasaan estetika dan daya kreativiti kanak-kanak.
Sebagai ibu bapa atau penjaga, kita merupakan guru pertama bagi anak-anak. Kita pasti mengimpikan mereka menjadi seorang yang pintar. Dalam perkara sebegini kita seharusnya membiarkan mereka berkarya dengan bebas, berimaginasi dan memcuba apa yang ada disekeliling mereka. Setiap yang dihasilkan adalah luahan jiwa dan pengamatan mereka terhadap persekitaran mereka. Maka kita perlu berbangga dengan usaha yang telah dilakukan oleh mereka.
Perkara yang terakhir adalah mencari peluang untuk menggalakkan kanak-kanak lelaki mengembangkan komponen-komponen dasar semulajadi dalam diri meraka seperti seni visual, tingkah laku motor kasar dan motor halus, seni verbal, hubungan sosial, logik matematik dan kinestetik. Sekiranmya kesemua perkara ini berjalan dengan lancar maka masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak lelaki akan berkurangan dan kanak-kanak lelaki akan menjadi lebih kreatif dan inovatif.
Catatan Penting:
Disediakan oleh,
Fatimah bt Kamaruddin,
Pensyarah,
Jabatan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,
Kolej UNITI Port Dickson,
Negeri Sembilan.

- Perkara pertama adalah mencari peluang untuk menggalakkan kanak-kanak lelaki.
- Perkara kedua adalah berbangga dengan usaha yang dilakukan.
- Perkara ketiga amalkan sikap optimistik.
- Perkara keempat memberi pendedahan dengan pendekatan, kaedah dan teknik yang sempurna. Kanak-kanak akan berupaya mengembangkan pemikiran kritis mereka.
- Perkara kelima adalah terima segala persoalan, pemerhatian, percubaan serta penerokaan yang mereka lakukan kerana melalui perkara sebegini sebenarnya kanak-kanak akan menjadi lebih kreatif.
Disediakan oleh,
Fatimah bt Kamaruddin,
Pensyarah,
Jabatan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,
Kolej UNITI Port Dickson,
Negeri Sembilan.
GAJET DAN KANAK-KANAK- Syazwan Bin Sha’ari
Penggunaan gajet dalam kehidupan seharian bukan asing lagi bagi masyarakat kita. Ramai yang mengakui, lebih mudah jika anak-anak digula-gulakan dengan Ipad bagi mengawal tingkah laku anak jika berada di rumah kawan sebagai contoh, ataupun di kedai makan. Tetapi, ramai yang tidak sedar, kesan yang boleh memudaratkan anak-anak kecil ini. Adakah anda tahu, bahawa rangsangan yang berlebihan dari penggunaan gajet ini boleh mengecutkan otak anak anda, terutamanya kanak-kanak yang berumur bawah 3 tahun? Gajet yang dimaksudkan ini juga termasuklah penggunaan televisyen, dan apa sahaja yang di tonton dan terhad dalam sebuah kotak.
Kajian menunjukkan anak-anak di bawah umur 2 tahun yang di biarkan menonton rancangan di TV terlalu lama akan mengalami efek negatif yang pada perkembangan bahasa, skil membaca dan ingatan memori jangka pendek. Kesan menonton TV pada 2 tahun pertama juga akan mengganggu tidur dan tumpuan anak-anak apabila mereka meningkat dewasa.
Namun begitu, memberi anak menggunakan gajet sekejap-sekejap bukanlah satu kesalahan. Teknologi sememangnya memberi banyak manafaat kepada kita. Berikut ialah panduan penggunaan gajet:
1. Had masa
Tidak lebih 15-20 minit bagi satu-satu sesi penggunaan gajet bagi anak di bawah 2 tahun, 'tolak-tambah' 2 jam dalam sehari bagi anak 2 tahun ke atas mengikut kesesuaian umur.
2. Jangan benarkan anak makan sambil menonton tv
Makan sambil menonton tv/skrin akan samada membuat anak hilang fokus untuk menghabiskan makanannya atau membuat anak makan dengan lebih banyak kerana asyik menonton boleh ganggu kebolehan anak merespon pada isyarat kenyang. Ini adalah salah satu punca obesiti.
3. Iklan
Pilihlah program tanpa iklan kerana iklan akan menganggu anak untuk faham jalan cerita yang ditonton. Ini kerana bahagian otak yang kekalkan info masa singkat anak belum sepenuhnya berkembang. Gangguan iklan akan membuat anak lupa jalan cerita sebelumnya lalu mendapat rumusan jalan cerita akhir yang salah. Ini amat tidak membantu usaha untuk melatih anak memanjangkan tempoh tumpuannya.
4. Pilih program
Memilih program-program yang menarik dan menghiburkan. Program yang banyak pengulangan ayat, perkataan dan nilai yang ingin dipupuk. Rentak program yang tidak terlalu laju hingga menyukarkan anak kecil untuk mengikutinya. Program yang menarik dari segi kandungan dan bahan paparannya supaya dapat menjadi contoh pembelajaran kepada kanak-kanak. Memilih program yang memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri dan belajar bersama.
5. Menggunakan gajet bersama anak
Menggunakan gajet bersama bukan sekadar merapatkan hubungan tetapi ia mewujudkan komunikasi dua hala sebenar walau skrin/TV sedang digunakan.
Pendek kata,bukan alat atau teknologi yang harus dimusuhi, tetapi sikap melampau manusia atau ketidakbijaksanaan manusia dalam mengurus penggunaan bahan teknologi ini. Teknologi akan memberi banyak manafaat jika kita pandai memenafaatkan kelebihan itu.
Disediakan Oleh,
En Syazwan Bin Sha’ari

PENDERAAN FIZIKAL KANAK-KANAK-Nurul Hidayah Bte Sahrom
Ibu mana yang tidak hancur luluh perasaannya apabila
melihat anak kecilnya seawal lima tahun patah tulang belakang, rusuk, paha selain
dipenuhi kesan parut pada anggota badan akibat penderaan? Sebagai seorang insan
yang dikurniakan hati dan perasaan kita sememangnya akan kecewa dan marah
apabila hal ini berlaku kepada mereka yang kita sayangi. Apatah lagi jika ianya
bakal menyebabkan kecacatan kekal akibat kecederaan patah 13 tulang di seluruh
badan. Namun, inilah nasib adik Nur Zuliana Zaara Zulkifli, lima tahun yang
telah didera oleh ibu tirinya pada Jun 2015. Ini adalah antara kes penderaan
fizikal yang dilaporkan oleh media massa. Bagaimana pula nasib kanak-kanak yang
didera namun tiada siapa yang mendengar rintihan mereka? Siapa yang membela
nasib mereka?
Penderaan
fizikal kanak-kanak boleh didefinisikan sebagai kecederaan tidak sengaja atau
dipukul/dera. Keadaan ini berlaku apabila kanak-kanak mendapat kecederaan
fizikal dari perlakuan (atau pengabaian) ibu bapa, penjaga atau mereka yang
diberi tanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak (Dr. Irene Cheah, 2012) . Penderaan bukan
sahaja terjadi akibat kekerasan yang dilakukan dengan anggota badan pendera,
malah ianya boleh dilakukan dengan pengunaan agen-agen penderaan. Agen-agen
penderaan ini biasanya digunakan untuk menyakitkan dan mencederakan mangsa. Antara
agen-agen penderaan yang biasa digunakan untuk tujuan ini adalah seterika
panas, air panas, tali pinggang, getah paip, rotan, penyangkut baju dan puntung
rokok.
Tindakan
mencubit, menggigit, memukul, menyepak, menampar, menumbuk, memijak,
menghantukkan kepala ke dinding merupakan antara contoh tindakan penderaan
fizikal yang sudah tentu tidak wajar apatah lagi menggunakan agen-agen
penderaan sebagai peralatan sokongan kepada penderaan. Mengapa penderaan ini terus
berlaku? Adakah disebabkan pendera sudah hilang sifat belas kasihan kepada
anak-anak kecil ini? Statistik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat menunjukkan peningkatan kes penderaan kanak-kanak dari 2010 iaitu
sebanyak 3,257 kes, 3,428 kes (2011), 3,831 kes (2012), dan 4,119 kes pada
2013, manakala dari Januari hingga April 2014 sahaja terdapat sebanyak 1,430
kes (Mastura Mohd Zain, 2015) . Mengapa angka ini
terus meningkat?
Menurut
penulis, antara punca yang menyebabkan penderaan fizikal ini berlaku adalah
disebabkan tekanan kehidupan dan kejahilan. Tekanan kehidupan yang dimaksudkan oleh
penulis adalah tekanan di tempat kerja, bebanan kerja, masalah kewangan
dan masalah rumah tangga. Manakala
kejahilan ini boleh dilihat daripada ketidakprihatinan si pendera terhadap isu
berkaitan kanak-kanak. Atas faktor-faktor ini si pendera yang jahil akan melepaskan
tekanan dan kemarahan kepada insan yang tidak mampu melawan mereka iaitu anak
kecil.
Adakalanya
si pendera menganggap tindakan memukul adalah salah satu cara mendisplinkan
kanak-kanak. Sebenarnya tindakan sedemikian langsung tidak berkesan untuk mendisplinkan
kanak-kanak bahkan ianya membekaskan ketakutan mangsa kepada orang dewasa.
Selain kesan fizikal lebam, luka, terpulas, terkoyak kulit, patah tulang dan
pendarahan, penderaan fizikal juga boleh memberikan kesan secara langsung terhadap personaliti kanak-kanak.
Kanak-kanak yang didera biasanya cenderung menyimpan dendam dan mampu bertindak
agresif terhadap rakan sebaya. Hal ini kerana mereka meniru aksi si pendera dan
mahu melepaskan kemarahan akibat penderaan yang dialami.
Masyarakat
harus sedar bahawa penderaan fizikal adalah sesuatu yang serius. Kerajaan
Malaysia dalam Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) memperuntukkan bahawa
sekiranya mana-mana orang yang mempunyai tugas pemeliharaan seorang kanak-kanak
yang menyebabkan kecederaan fizikal telah melakukan satu kesalahan di bawah
seksyen 31 Akta 611 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM 20,000.00 atau
penjara tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan demi membela
nasib kanak-kanak negara ini. Cawangan perlindungan kanak-kanak Jabatan Kebajikan
Masyarakat Malaysia (JKMM) giat menyelaras dan memantau kes-kes berkaitan
dengan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak kepada
situasi merbahaya mengikut Akta Kanak-kanak 2001 (Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2016) .
Justeru masyarakat perlu lebih prihatin menyalurkan
maklumat tentang sebarang bentuk penganiayaan kanak-kanak kepada pihak berkuasa.
Segala usaha murni kerajaan ini harus disokong oleh semua pihak secara holistik.
Media massa mampu memberi impak besar dalam menyampaikan mesej anti penderaan
kepada masyarakat. Media massa perlu kerap menyampaikan mesej pendidikan
penderaan kepada penonton supaya Malaysia dapat mengurangkan statistik
penderaan kanak-kanak seterusnya melahirkan peneraju negara yang berjiwa besar dan
penyayang.
Bibliografi
California Department Of
Education. (2016, Januari 19). Child Abuse Prevention. Diperoleh pada
September 2016, 2016, dari California Department Of Education:
http://www.cde.ca.gov/ls/ss/ap/childabusereportingguide.asp
Dr. Irene Cheah. (2012, April 27). Penderaan Fizikal. Diperoleh
pada September 26, 2016, dari MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia:
http://www.myhealth.gov.my/penderaan-fizikal/
Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2016, Januari 01). Fungsi Bahagian.
Diperoleh pada September 26, 2016, dari Portal Rasmi Jabatan Kebajikan
Masyarakat:
http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=WEFTZ2F0bHRmVGQxQWlCVmIrUzFkZz09
Mastura Mohd Zain. (2015, Julai 06). Rencana. Diperoleh pada
September 26, 2016, dari Untusan Online:
http://www.utusan.com.my/rencana/kekang-kes-penderaan-kanak-kanak-1.110952
Utusan . (2016, April 15). Jenayah. Diperoleh pada September 26,
2016, dari Utusan Online:
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/penderaan-kanak-kanak-serius-1.260222
Disediakan Oleh,
Cik Nurul Hidayah Bte Sahrom,
Jabatan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia,
Kolej Uniti Port Dickson
Manfaat Belajar Sambil Bermain Kepada Kanak-Kanak- Nur Shafiqa Binti Mohtar
Pendekatan belajar sambil bermain di tadika atau taska semakin diterima oleh masyarakat di Malaysia. Pendekatan ini dilihat sangat berkesan dalam membantu kanak-kanak dalam pembelajaran dan perkembangan mereka berbanding pembelajaran secara formal.
Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan oleh tokoh-tokoh terkenal terdahulu mengenai aktiviti bermain ini, antaranya ialah Vygotsky. Beliau menyatakan bahawa bermain membantu perkembangan bahasa dan pemikiran kanak-kanak. Selain itu kaedah bermain juga dapat memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar.
Bermain terdiri daripada beberapa jenis antaranya solitary play (bermain sendirian), parallel play (bermain bersama-sama), associative play (main gabungan) dan cooperative play (bermain berkumpulan).
Bagi seseorang kanak-kanak, bermain adalah satu pekerjaan bagi mereka. Secara kasarnya, kebanyakan orang melihat belajar sambil bermain ini hanya main semata-mata dan tidak mendatangkan faedah, akan tetapi, melalui pendekatan ini sebenarnya dapat meningkatkan perkembangan menyeluruh kanak-kanak dari pelbagai aspek. Sebagai contoh subjek Matematik mengira nombor, kebiasaannya belajar menggunakan latihan buku dan papan tulis boleh ditukarkan dalam bentuk permainan seperti permainan “Bowling Nombor”, dimana kanak-kanak boleh belajar bermain bowling sambil belajar mengira nombor mengikut jumlah pin yang jatuh.
Pendekatan tersebut merupakan pendekatan secara “child-centered” dan banyak aktiviti “hands-on”, dimana kanak-kanak melakukan sendiri dan guru hanya membimbing dalam aktiviti. Apabila kanak-kanak sendiri yang melakukan dan menerokai sesuatu, pembelajaran tersebut lebih bermakna. Jadi sebagai guru, perlulah bijak merancang dan menyediakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan tema atau tajuk yang ingin diajar dan peringkat umur kanak-kanak supaya pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan objektif pembelajaran tercapai.
Selain itu, ibubapa juga telah semakin sedar tentang pendekatan bermain ini dapat membantu anak-anak mereka dan banyak hasil kerja tangan dan aktiviti yang dibuat sendiri seperti busyboard, busybook, kinetic sand dan sebagainya untuk anak-anak mereka main. Melalui aktiviti ini, perkembangan motor halus, motor kasar, daya tumpuan dan kemahiran menyelesaikan masalah dapat ditingkatkan.
Tambahan lagi, dengan bermain, kanak-kanak dapat berimaginasi, berkreativiti, berdikari, meningkatkan tatabahasa dan pertuturan antara guru dan rakan sebaya, mendengar arahan, bekerjasama dalam aktiviti berkumpulan.
Kesimpulannya, bermain adalah fitrah kanak-kanak. Apabila pengajaran dan pembelajaran yang ingin disampaikan selari dengan fitrah mereka, maka pembelajaran itu lebih bermakna, seronok dan menjadi lebih mudah.
Disediakan Oleh:
Puan Nur Shafiqa Binti Mohtar

Sunday, 27 November 2016
KESENGSARAAN ROHINGYA YANG DILUPAKAN- Faridah Mohd Tap
Penulis bersama teman-teman advokasi Solidariti Rakyat Rohingya. |
Rohingya merupakan etnik yang paling dilupakan di rantau Asia ini. Namun, pembersihan etnik ke atas rakyat Rohingya yang dijalankan secara berkala selang beberapa tahun mendapat liputan hangat dan mendapat pelbagai kecamanan antarabangsa apabila buat sekian kalinya Junta kerajaan Myanmar melaksanakan misi pembersihan etnik ini. Malaysia juga tidak ketinggalan mendesak junta menghentikan misinya dan memberikan pengiktirafan kewarganegaan dan kemanusiaan kepada Rohingya.
Namun begitu, Kerajaan Junta seolah-olah tidak terkesan dengan tohmahan masyarakat dunia yang menentang kekejaman yang dilakukan mereka ke atas etnik Muslim Rohingya ini. Isu Rohingya ini reda seketika sampailah berlakunya satu tragedi yang menarik perhatian dunia sekali lagi. Rohingya dikejami lagi dalam misi pembersihan etnik berkala oleh Junta Tentera Myanmar.
Empat tahun lepas, konflik yang berlaku di antara etnik muslim Rohingya dan Buddha di Arakan telah menarik perhatian dunia pada pertengahan 2012 apabila dikatakan seorang gadis Rakhine telah dirogol secara sadis oleh etnik Rohingya dan menyebabkan rusuhan berdarah terus berlaku hingga ke saat ini. Ia bermula dengan pembunuhan 10 orang Muslim di Taunggote, daerah Tongu pada 3 Jun 2012 yang lalu dalam sebuah bas ketika sedang pulang dari majlis tabligh untuk kembali ke Rangoon oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine. Rentetan dari kes rogol tersebut, puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap, ibu negeri Arakan yang digambarkan sebagai terburuk sepanjang beberapa dekad yang lalu.
LATAR BELAKANG PENINDASAN ETNIK MUSLIM ROHINGYA
Menurut Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2009, terdapat 25 peratus daripada populasi Arakan adalah etnik Rohingya. Arakan ini terletak di sebelah Barat Myanmar yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Turki, Parsi dan lain-lain yang telah berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan dan Bengali. Kini umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan dan selebihnya adalah Buddha Arakanese.
Nasib Etnik Muslim Rohingya mula terumbang-ambing apabila mereka telah disisihkan daripada Arakan sejak pada tahun 1940-an lagi. Keadaan semakin buruk apabila Myanmar dipimpin oleh junta tentera pada tahun 1962. Kepimpinan Junta tidak mengiktiraf etnik Rohingya yang merupakan penduduk asal negeri Arakan tetapi dikatakan sebagai pendatang kerana perbezaan fizikal yang mirip kepada Bangladesh dan Arab.
Etnik ini kemudian terus ditindas apabila dasar fobia Islam (Islamphobia) disalurkan melalui penggubalan Undang-undang Kerakyatan Burma (Burma Citizenship Law) yang disahkan pada 1982. Undang-undang yang bersifat rasis agama dan penuh diskriminasi bukan sahaja menafikan kerakyatan, malah mereka seolah-olah melukut di tepi gantang di tanah air mereka sendiri sehingga menyebabkan ramai etnik Rohingya menjadi pelarian di beberapa negara jiran dan Asia Barat.
Di era 1990-an sahaja, terdapat 86, 900 daripada 94,000 pelarian di Malaysia adalah warga Myanmar di mana 25 peratus daripadanya adalah etnik Rohingya dan selebihnya adalah etnik Chins dan lain-lain.(Arzura Idris, 2012)
Antara bentuk pembersihan etnik Roghinya ini adalah:-
• Penafian kerakyatan, sijil kelahiran dan sijil perkahwinan mereka.
• Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi Wilayah Arakan.
• Menjadi mangsa perhambaan moden sebagi buruh paksa tanpa dibayar gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api dan bangunan berek tentera.
• Sekatan makanan sehingga menyebabkan mereka hidup dalam keadaan kebuluran.
• Penyembelihan beramai-ramai sepertimana pada tahun 1942 dengan kematian lebih daripada 100, 000 akibat dibunuh.
• Menghalau serta merta seramai lebih 300, 000 di kalangan mereka ke Bangladesh pada tahun 1978. Malangnya Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan makanan dan keperluan lain menyebabkan ramai yang mati akibat kebuluran dan penyakit.
• Pada tahun 1991, seramai 268,000 dari etnik ini melarikan diri kerana Myanmar tidak lagi selamat untuk didiami akibat pembersihan entik berkala oleh tentera Myanmar.
Sehingga tahun 2012, kerja-kerja pembersihan etnik Rohingya di Myanmar telah mencatatkan kehancuran jiwa dan prasarana yang besar. Sejumlah 43 kampung penduduk telah diserang dengan 5,915 rumah dibakar, 555 orang mati dibakar, 300 orang cedera parah, 34 masjid dibakar, 4 universiti dan 24 sekolah rosak, 300 penduduk telah ditangkap, 90 ribu orang menjadi pelarian, 500 ribu menderita kelaparan kerana tidak boleh meneruskan aktiviti pertanian, dan 20 ribu orang mendiami pinggiran sungai dan hutan untuk menyelamatkan diri. Fakta terkini belum diperolehi oleh penulis.
KEMPEN ‘CITIZENSHIP FOR ROHINGYA’, ‘INGAT BOLA INGAT ROHINGYA’
Ekoran dari pembersihan etnik yang tidak berperikemanusiaan ke atas etnik Rohingya berdekad lamanya, Abim komited membela nasib etnik Muslim Rohingya dengan melancarkan kempen ‘Citizenship For Rohingya’ dan kempen ‘Ingat Bola Ingat Rohingya’ bagi menyebarkan kezaliman junta ke atas rakyat Rohingya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Menurut Exco penerangannya, Saudara Adli Zakuan Zairakithnaini, advokasi massa isu Rohingya ini agak turun-naik dan bermusim.
"Kita mesti faham isu Rohingya, dan buat penerangan, bengkel di kampus-kampus. Rohingya ini adalah etnik tersendiri, dan orang asal di negeri Arakan. Mereka asalnya adalah rakyat Burma." Ujar beliau dalam sebuah forum ‘Rohingya: The Way Forward’ pada 24 November lalu juga menampilkan wakil aktivis Rohingya, Encik Halimi dan Mr. Sawmee di Dewan Pembangunan Belia, Sekretariat Abim Pusat, Gombak.
Penulis bersama pelajar DPS dalam kempen 'Citizenship for Rohingya pada tahun 2012 lalu. |
Disediakan oleh,
FARIDAH BINTI MOHD TAP
Pensyarah Jabatan Pengajian Umum,
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,
Kolej UNITI, Port Dickson, Negeri Sembilan.
MEMBANGUN EMPAT KEKUATAN MASA MUDA- Faridah Mohd Tap
Generasi muda merupakan aset berharga kepada sesebuah masyarakat dalam membangun ketamadunan bangsanya. Kepentingan generasi muda dapat dilihat menerusi Surah Ar-Rum, ayat 54 yang bermaksud,
“54. Allah-lah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) setelah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) setelah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dan Dia Yang Maha Mengetahui lagi Mahakuasa.”
Kalamullah di atas menunjukkan bahawasanya Allah S.W.T dengan kebijaksanaanNya memperlihatkan kepada kita mengenai kekuatan (masa muda) yang diiringi oleh dua kelemahan iaitu; kelemahan ketika kecil dan ketika sudah tua tidak berdaya. Jika bukan kekuatan dari Allah S.W.T, tentu manusia tidak akan sampai pada usia kuatnya dan memiliki kemampuan. Ironinya, jika bertambah kekuatan manusia itu (mencapai usia muda), maka manusia cenderung untuk bersikap sombong dan melampaui batas serta berbuat sesuka hati.
Sehubungan dengan itu, generasi muda harus membangunkan empat kekuatan yang ada padanya untuk dimanfaatkan ke arah pembinaan sesebuah tamadun bangsa yang berjaya; kekuatan idealisme dan realisme, kekuatan intelektualisme, kekuatan spiritualisme, dan kekuatan aktivisme. Generasi muda muslim perlu menjadi manusia terbaik sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “…..Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” (Hadith riwayat Thabrani dan Daruquthni).
Kekuatan idealisme dan realisme
Dengan segala cabaran yang semakin mencengkam generasi muda muslim khususnya cabaran globalisasi yang mengancam ideologi pemikiran, perkara terpenting yang perlu disiapkan adalah membangun keperibadian Muslim dengan idealisme yang berteraskan dengan pandangan hidup ‘Islam sebagai cara hidup yang syumul’. Pandangan hidup berpaksikan kalimah tawhid ‘La Ila ha Illallah’ ini akan menjadi penggerak kepada segala bentuk aliran kecenderungan, keinginan dan tindakan seseorang pemuda pemudi Islam mengemudi seluruh aspek kehidupannya.
Kita dapat menyaksikan betapa parahnya generasi muda kini akibat serangan idea pemikiran-pemikiran yang lahir dari pemikiran sekularime-pemisahan agama daripada kehidupan manusia- yang menjadi anutan tanpa sedar kebanyakan anak muda kini. Kebejatan masalah sosial dan budaya hedonism merupakan antara kesan fahaman sekular ke atas generasi muda akibat gagal untuk memahami ajaran Islam dengan fahaman yang benar.
Menurut Prof. Dato’ Sidek Baba dalam makalahnya yang bertajuk, ‘Membina Idealisme, Memahami Realiti’, idealism itu dituntut dalam Islam dimana dalam konteks yang luas, idea-idea yang lahir adalah pedoman dari wahyu Allah dalam Al-Furqan. Menurut beliau lagi, idealism itu perlu berpijak di bumi nyata dan disebabkan itu perlu menjadi realis. Ini kerana gandingan kedua-dua ini mencetuskan kebijaksanaan akal dalam menanggapi realiti semasa.
Kekuatan Intelektualisme
Malaysia dihuni hampir 40 peratus generasi muda amat mendambakan generasi muda yang berilmu dan mempunyai keupayaan intelektual yang tinggi untuk meneruskan pembinaan sebuah tamadun bangsa yang gemilang. Sejarah mencatatkan sesebuah tamadun menempuh kegemilanganya apabila masyarakatnya berlumba-lumba membangunkan ilmu sebagai budaya hidup. Kegemilangan tamadun Islam sendiri diabadikan sebagai saksi bahawa ia bermula dengan revolusi keilmuan yang tercetus dari ayat mukjizat Iqra’ bi ‘smi rabbika ‘Iladhi khalaq…, transformasi kemanusiaan dan revolusi kebudayaan yang merubah penggembala unta menjadi ilmuwan cendekia, manusia badawi-jahili menjadi Muslim hadari-madani. (Siddiq Fadzil [2008], Budaya Ilmu Wahana Pemerkasaan Bangsa).
Kekuatan intelektual dan ilmu di kalangan generasi muda dapat membantu mereka untuk menepis segala anasir yang memesongkan peribadi dan jati diri mereka. Generasi muda berbudaya ilmu adalah generasi yang diharapkan mengangkat tinggi nilai ilmu dan menghormati para ilmuwan. Antara langkah untuk membina kekuatan intelektual dan ilmu adalah dengan membaca bahan-bahan ilmiah, mengupas, mengkaji, berbincang dan seterusnya menulis untuk perkembangan ilmu tersebut kepada massa.
Kekuatan Spiritualisme
Kebejatan masalah sosial di kalangan golongan muda sering dikaitkan oleh kelemahan iman seseorang itu. Adalah sangat rugi jika anak muda yang menjadi aset bernilai sesebuah bangsa menghabiskan masanya dengan melakukan perbuatan tidak senonoh. Generasi muda perlu dipersiapkan dengan kekuatan kerohanian sepertimana nukilan hikmah pujangga bangsa,
Bergantung kepada Yang Satu,
Berpegang kepada Yang Esa,
Tuah hidup sempurna hidup,
Hidup berakal, mati beriman,
Malang hidup celak hidup,
Hidup tak tahu halal-haram.
Prof. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil mentafsirkan bait ‘Hidup berakal, mati beriman,’ tersebut sebagai rumusan panduan kualiti hidup seseorang Melayu-Muslim yang didasari oleh dua asas penting iaitu kekuatan ilmu dan ketertinggian komitmen keagamaan. Generasi muda harus kembali kepada akar umbi ajaran agama Islam (aqidah, ibadah, syariah dan akhlak) sebagai acuan jati diri dan juga sebagai matlamat akhir kehidupan iaitu husnul khatimah (pengakhiran hidup yang baik) supaya masa muda tidak sesekali disia-siakan.
Kekuatan Aktivisme
Pendekatan aktivisme dapat memanfaatkan tenaga dan masa muda untuk menangani pelbagai isu sosial, alam sekitar, ekonomi dan politik. Generasi muda sinonim dengan sifat ‘darah muda’ dan semangat yang perlu disalurkan kepada aktiviti-aktiviti bermanfaat. Keterlibatan generasi muda kepada program-program sangat diperlukan untuk menjayakan agenda pembinaan negara bangsa.
Dikhabarkan ada peristiwa menarik menjelang perang Yarmuk. Komandan sayap kiri pasukan Romawi, Darnajar mengirim mata-mata ke barisan umat Islam. Setelah tinggal selama satu malam, mata-mata itu melaporkan kepada komandannya, “saya telah bertemu satu kaum yang bangun malam untuk solat, siang hari mereka berpuasa, mengajak kepada kebaikan dan melarang kemungkaran, seperti rahib di malam hari dan singa di siang hari. Tidak ada yang mencuri di antara mereka kecuali tangannya dipotong, jika ada yang berzina, mereka merejamnya kerana lebih mementingkan kebenaran.”
Maka Darnajar mengatakan, “jika benar yang kamu katakan, perut bumi lebih baik – bagi orang yang memerangi mereka – dibanding permukaannya.”
Perang Yarmouk itu telah dimenangi oleh umat Islam di atas berkat keimanan dan kesabaran mereka dalam menerima gempuran tentera Rowami yang sekali ganda dari tentera umat Islam yang hanya 36 ribu.
Peristiwa di atas dapat kita rumuskan betapa pentingnya keterlibatan dalam menyebarkan Islam sebagai rahmatan lil ‘alamin di awal dakwah Rasulullah s.a.w. Jika tiada kesungguhan aktivisme dakwah dari Rasulullah s.a.w dan para sahabat, para tabiin, dan pendakwah lainnya, sudah tentu kita tidak akan dapat merasai nikmat Islam di negara ini.
Akhirnya, generasi muda yang ideal ialah menjadi ‘manusia yang berguna’ seperti sabda nabawi yang dinyatakan di awal makalah ini. Prof. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil menyatakan menjadi manusia berguna ialah menjadi “orang budiman”, iaitu orang yang berakal budi, berbudi pekerti, berbudi bahasa dan banyak berbudi kepada orang lain. Justeru, generasi muda yang terkumpul segala kekuatan kepadanya perlu menjadi seumpama pohon serba guna,
Bagaikan kayu besar di tengah padang,
Rimbun daunnya tempat berteduh,
Kuat dahannya tempat bergantung,
Kukuh batangnya tempat bersandar,
Besar akarnya tempat bersila.
Hidup Biar Berjasa. Wallahu’alam.
Disediakan oleh,
Faridah Mohd Tap,
Pensyarah Jabatan Pengajian Umum,
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,
Kolej UNITI Prot Dickson.

Hari Sukan Tabika KEMAS Bistari Kolej UNITI Port Dickson Menjalin Ukhuwwah-Nur Akmar Binti Mohd Arif
Pasir Panjang, 12 November 2016- Tabika KEMAS Bistari Kolej UNITI Port Dickson telah menganjurkan Hari Sukan bertempat di UNITI Village dengan kerjasama Kelab Teachers, Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia (FPPM), Kolej UNITI Port Dickson buat kali yang ke-4 dengan melibatkan kerjasama 12 orang Ahli Jawatan Kuasa Tabika diketuai oleh Pengerusi Tabika KEMAS Bistari Kolej UNITI, En Syazwan Bin Sha’ari.
Hari Sukan telah dirasmikan oleh Puan Marnisah Binti Fazil Rahman, Penyelias KEMAS Dun Linggi. Sebanyak sembilan permainan yang telah dipertandingkan juga melibatkan penyertaan ibu bapa dan kanak-kanak Tabika KEMAS Bistari Kolej UNITI Port Dickson.
Antara permainan yang diadakan ialah ‘Cari gula dalam tepung!’, ‘Tiup belon kasi pecah!, ‘Bola pingpong & sudu’, ‘Isi air dalam botol’ dan ’Kerusi berirama’ manakala terdapat dua permainan yang melibatkan perlawanan antara ibu bapa iaitu ‘Bowling kelapa’ dan ‘Kupas bawang putih kasi bersih!’. Selain itu, terdapat juga permainan yang melibatkan kerjasama antara ibu bapa dan anak seperti ‘Makan tembikai kasi habis!’ dan ‘Kids Fashion Show!’.
Syazwan Bin Sha’ari melahirkan rasa syukur dan gembira terhadap penglibatan ibu bapa dalam Hari Sukan Tabika ke-4 ini yang sangat menggalakkan.
Dekan Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia Kolej UNITI Port Dickson, Siti Zaleha Binti Ahmad berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Beliau turut melahirkan rasa bangga terhadap kerjasama yang ditunjukkan oleh Kelab Teachers yang bernaung di bawah FPPM dan AJK Tabika yang terdiri daripada ibu bapa dan pensyarah FPPM dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar.
Penganjur berharap Hari Sukan ini dapan diteruskan pada masa hadapan demi kepentingan kanak-kanak ini juga. Secara tidak langsung, program ini telah berjaya mengeratkan ukhuwah sesama warga Tabika Kemas Bistari Kolej UNITI Port Dickson dan Kolej UNITI Port Dickson.

”Penglibatan ibu bapa dalam program anjuran Tabika ini adalah sangat penting sebagai tanda sokongan ibu bapa terhadap apa sahaja aktiviti atau program yang dijalankan oleh pihak Tabika. Kanak-kanak juga akan rasa dihargai apabila ibu bapa hadir memberi sokongan terhadap aktiviti yang disertai oleh mereka. Secara tidak langsung juga, program ini dapat mengeratkan ukhuwah antara ibu bapa, kanak-kanak, para guru dan pensyarah serta AJK Tabika ini sendiri.” Jelasnya.
Dekan Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia Kolej UNITI Port Dickson, Siti Zaleha Binti Ahmad berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Beliau turut melahirkan rasa bangga terhadap kerjasama yang ditunjukkan oleh Kelab Teachers yang bernaung di bawah FPPM dan AJK Tabika yang terdiri daripada ibu bapa dan pensyarah FPPM dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar.
“Penglibatan Kelab Teachers secara tidak langsung memberi pengalaman yang bermakna untuk mereka dalam mengendalikan program yang melibatkan penglibatan ibu bapa. Saya gembira melihat reaksi kanak-kanak yang ceria sepanjang berlangsungnya program ini kerana dapat bersama-sama dengan guru dan ibu bapa dalam program ini. Tahniah juga kepada semua pensyarah yang terlibat dalam menjayakan Hari Sukan ini.” Ujar Siti Zaleha lagi.
Penganjur berharap Hari Sukan ini dapan diteruskan pada masa hadapan demi kepentingan kanak-kanak ini juga. Secara tidak langsung, program ini telah berjaya mengeratkan ukhuwah sesama warga Tabika Kemas Bistari Kolej UNITI Port Dickson dan Kolej UNITI Port Dickson.
Disediakan oleh,
Cik Nur Akmar Binti Mohd Arif
Pensyarah,
Jabatan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia,
Kolej UNITI Port Dickson
KENALI CIRI-CIRI KANAK-KANAK AUTISME- Syazwani Binti Abd Jalani
Filem 'redha' mengisahkan perjuangan membesarkan seorang kanak-kanak pengidap autisme. |
Kanak-kanak yang menghadapi masalah autisme sering menimbulkan kekeliruan kepada penjaganya, kerana kanak-kanak ini kelihatan normal (tidak mempunyai kecacatan fizikal) tetapi dalam masa yang sama memaparkan tingkah laku dan pola perkembangan yang berbeza. Salah fahaman terhadap keadaan ini membawa kepada kelewatan perkembangan yang serius dalam semua bidang perkembangan terutama dalam bidang kemahiran sosial dan komunikasi (Jamila K. A. Mohamed 2005).
Antara punca-punca yang menyebabkan berlakunya masalah ini adalah masalah keturunan atau genetik dan keadaan perubatan ibu semasa bersalin (contoh seperti jangkitan rubella). Pengaruh ubat-ubatan (seperti ubat untuk mencegah rasa mual), kerosakan otak, saiz serebelum yang kecil turut menjadi punca berlakunya masalah autisme (Jamila K. A. Mohamed 2005).
Ciri-ciri bagi kanak-kanak atau individu yang mengalami masalah autisme adalah seperti sukar diajak bercakap dan meniru perbualan atau perkataan lain (ekolalia). Selain itu, mereka suka menarik tangan individu lain apabila ingin meminta sesuatu. Individu dengan masalah autisme ini juga suka bersendirian, bermain secara bersendirian dan tidak wujud kontak mata dan sentiasa mengelak daripada memandang muka orang lain.
Ciri-ciri lain bagi autisme adalah tidak suka dipegang atau dipeluk (kadangkala termasuk pelukan daripada ibu bapa dan keluarga mereka sendiri) dan kurang sensitif pada rasa sakit atau takut (adakala mereka mencederakan diri sendiri). Tingkah laku bagi individu yang menghadapi masalah ini sama ada hiperaktif atau hipoaktif. Individu ini juga suka melakukan pergerakan atau perbuatan yang sama berulang-ulang kali seperti menggoyangkan dan menepuk tangan. Mereka sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab. Selain itu, jika kemahuan mereka tidak dituruti atau dilarang daripada melakukan sesuatu yang diingininya, mereka akan mengamuk tanpa dapat dikawal (Jamila K. A. Mohamed 2005).
Jika kanak-kanak menunjukkan simptom-simptom atau ciri seperti yang dinyatakan maka segeralah untuk membawa mereka berjumpa dengan pakar bagi tujuan pemeriksaan dan rawatan. Rawatan awal amat perlu untuk mengelakkan masalah yang dihadapi bertambah serius dan seterusnya langkah intervensi dapat diambil bagi membantu dalam memperkembangkan kemahiran dan keupayaan mereka.
Kanak-kanak autisme boleh berjaya dalam kehidupan mereka. Hal ini kerana terdapat tokoh-tokoh terkemuka yang berjaya seperti Albert Einstein (saintis), Temple Grandin (pakar haiwan), Satoshi Tajiri (pelopor kartun pokemon) turut menghadapi masalah autisme. Galakan dan dorongan daripada keluarga, guru dan rakan-rakan amat diperlukan oleh kanak-kanak atau individu yang menghadapi masalah ini supaya berjaya dalam kehidupan mereka (Sekolah Pulau Aman 2013).
Disediakan oleh,
Syazwani Binti Abd Jalani,
Pensyarah,
Jabatan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia,
Kolej UNITI Port Dickson
PENGAJARAN BERASASKAN PROJEK-Syarfa’ Husna Binti Mohamad Semsudin
Pengajaran berasaskan projek adalah salah satu pendekatan mengajar yang menarik untuk dilakukan bersama kanak-kanak. Ia juga lebih dikenali dengan PROJECT APPROACH dalam bahasa Inggeris.
Kaedah PROJEK ialah penyiasatan secara mendalam berkaitan dengan topik dunia sebenar agar dapat menarik perhatian murid mengenai topik yang ingin diajar. Melalui pendekatan ini, murid-murid dapat mengaitkan pengalaman luar sekolah dengan aktiviti. Ia juga dapat membantu murid-murid bersedia untuk menjalankan kajian dalam bidang sains dan sains sosial. Hal ini kerana kebanyakan projek tersebut adalah berbentuk sains.
Namun demikian, sekiranya dalam pengajaran kepada kanak-kanak 4 hingga 6 tahun, pelbagai bentuk projek boleh dipelbagaikan. Pendekatan ini mestilah mempunyai langkah-langkah atau urutan dalam melaksanakannya. Pendekatan ini juga perlu diakhiri dengan penilaian kanak-kanak terhadap apa yang telah mereka lakukan.
Dalam melaksanakan pendekatan ini, beberapa langkah sebelum perlu dilakukan iaitu :-
1. Guru perlulah perkenalkan projek yang ingin dilaksanakan.
2. Guru perlulah menggalakkan kanak-kanak memberi idea dan
cadangan mereka.
Langkah semasa projek dilakukan ialah :-
• Galakkan sumbangsaran idea dan membina kesepakatan antara kanak-kanak
• Melaksanakan projek
• Setiap kanak-kanak memainkan peranan dalam melaksanakan projek dan pembahagian tugas perlu dilaksanakan
• Terdapat skop dan urutan pelaksanaan projek
• Menyediakan graf tempoh masa
• Menjalankan proses inkuiri, penyelidikan dan pengumpulan data.
• Mempersembahkan projek
• Penambahan berterusan dan penilaian berterusan
• Pengintegrasian teknologi amat digalakkan
Langkah yang perlu diambil selepas projek dilaksanakan :-
• Menghargai pencapaian dalam melaksanakan projek
• Membuat penilaian terhadap beberapa aspek iaitu kekuatan, kelemahan, kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari, pemarkahan oleh guru, penilaian kendiri pelajar dan analisis skor markah yang diperolehi.
• Maklum balas daripada rakan-rakan terhadap projek yang dilaksanakan
• Menilai kualiti projek
• Mencatatkan bukti-bukti kejayaan menyempurnakan projek.
Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam pendekatan ini :-
• Menanam pokok seperti pokok cili, pokok bendi dan lain-lain.
• Memasak sandwich
• Menghias cup cake
• Membuat bingkai (frame) gambar
• Eksperimen sains (meneroka alam)
Disediakan oleh,
Syarfa’ Husna Binti Mohamad Semsudin

TEKNIK BERCERITA YANG MENARIK- Noor Badriah Zolkffree
Teknik bercerita adalah teknik yang sangat menarik dan mudah digunakan oleh para pendidik dengan tujuan untuk menarik minat kanak-kanak dalam sesi pembelajaran yang dijalankan. Pelbagai matapelajaran boleh diajar menggunakan teknik bercerita. Dengan menggunakan teknik bercerita kita boleh mengasah perkembangan kemahiran mendengar dan dapat menambah perbendaharaan kata kanak-kanak.
Antara teknik-teknik bercerita yang sesuai dengan kanak-kanak ialah :
1. Bercerita menggunakan buku
2. Menggunakan alat bantu mengajar (ABM)
3. Pementasan teater atau drama ringkas
4. Bercerita secara individu tanpa menggunakan ABM
5. Nyanyian
Antara teknik-teknik bercerita yang sesuai dengan kanak-kanak ialah :
1. Bercerita menggunakan buku
- Buku mempunyai gambar yang berwarna dan menarik.
- Mempunyai suku kata.
- Muka surat mengikut kesesuaian umur kanak-kanak (jika umur kanak-kanak kecik maka kurang muka surat dan jika kanak-kanak besar maka muka surat boleh lebih banyak).
2. Menggunakan alat bantu mengajar (ABM)
- Boneka.
- Puppet.
- Permainan.
- Bahan maujud.
3. Pementasan teater atau drama ringkas
- Menghidupkan suasana yang seakan-akan dengan realiti (mencipta suasana mengikut jalan cerita yang diperlukan).
- Memberi watak-watak kepada kanak-kanak.
4. Bercerita secara individu tanpa menggunakan ABM
- Bercerita hanya melalui suara, mimik muka, ekspresi gerak mata dan juga pergerakan anggota badan.
- Pencerita harus memastikan kanak-kanak bersedia untuk mendengar cerita.
5. Nyanyian
- Menyelitkan sedikit nyanyian sepanjang bercerita agar kanak-kanak tidak bosan dan sesi bercerita akan jadi lebih menarik.
- Membuat pergerakan menari yang ringkas dan mudah.
- Menyanyikan lagu yang ringkas dan sesuai dengan umur kanak-kanak.
- Menyanyi dan tarian yang mudah agar kanak-kanak boleh ikut.
Terdapat banyak pilihan teknik penceritaan untuk menyampaikan sesebuah mesej yang boleh digunapakai oleh pendidik. Ia bukan sekadar untuk mencipta momen yang menarik bersama kanak-kanak tetapi ia merupakan sebuah pembelajaran yang efektif untuk membentuk keperibadian seseorang kanak-kanak. Ia juga boleh dimanfaatkan oleh para ibu bapa supaya jalinan kekeluargaan lebih akrab. Sekurang-kurangnya masa yang singkat bersama anak-anak khususnya ibubapa yang sibuk menjadikan ia sebagai masa yang berkualiti dan memberi bekas di minda anak-anak untuk diingat sepanjang mereka membesar.
Disediakan oleh,
Noor Badriah Binti Zolkffree
Pensyarah Jabatan Pendidikan
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia
Kolej Uniti Port Dickson
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK- SYARAH ATIQAH SUDARMA
Sebagai ibu bapa, memang seronok apabila dapat melihat anak-anak membesar dengan sihat dan bijak. Daripada mereka lahir sehinggalah umur mereka empat tahun, pelbagai kerenah dan telatah yang dapat diperhatikan. Ada sesetengah tingkah laku yang mencuit hati dan adakalanya membuatkan kita berasa bangga menjadi ibu bapa mereka. Sebolehnya sebagai ibu bapa kita mahu berada disisi mereka, dapat melihat sendiri perkembangan mereka serta menjadi orang pertama apabila mereka melakukan sesuatu perkara pada pertama kali seperti ketawa, menggangkat kepala, berdiri sendiri memanggil ibu atau ayah dan sebagainya.
Kebiasaan perkembangan awal kanak-kanak dapat diukur daripada pertumbuhan dan perkembangan fizikalnya. Bayi yang baru lahir akan diukur dengan berat dan tinggi untuk dicatatkan dalam carta supaya boleh dijadikan rujukan. Carta yang sama ini digunakan untuk mengetahui sama ada seseorang bayi itu membesar secara normal ataupun tidak.
Menurut Crow dan Crow, perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Manakala menurut Karl, E. Garisson, perkembangan adalah penghasilan daripada tindakan yang paling berkaitan di antara perkembangan jasmani dan proses pembelajaran.
Perkembangan kanak-kanak ini merangkumi lima asas utama iaitu perkembangan kognitif , fizikal, bahasa, sosial emosi dan estetika serta daya kreatif:
a) PERKEMBANGAN KOGNITIF
Pada peringkat ini kanak-kanak berupaya mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza mengikut tahap usia. Interaksi dan komunikasi antara orang dewasa dengan kanak-kanak adalah perlu dan digalakkan. Kanak-kanak memahami dan akan belajar meniru sebutan berbahasa dengan betul setelah melakukan pengumpulan maklumat.
b) PERKEMBANGAN FIZIKAL
Kanak-kanak mengalami perubahan dari segi bentuk dan saiz, kebolehan mengawal pergerakan motor halus dan motor kasar serta koordinasi anggota badan. Motor kasar berkaitan dengan otot-otot kasar seperti merangkak, memanjat, berjalan dan berlari manakala motor halus berkaitan dengan hal yang menggunakan saraf seperti melakar dan melukis
c) PERKEMBANGAN BAHASA
Kanak-kanak akan mengalami perubahan daripada tahap mengeluarkan bunyi-bunyi kepada penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindak balas kepada rangsangan. Dia akan belajar menyebut apa sahaja yang didengarkannya sama ada melalui percakapan ibu bapa, bahan bacaan yang dibacakan, menonton television dan mendengar radio.
d) PERKEMBANGAN SOSIO EMOSI
Kanak-kanak akan mula belajar bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan. Mereka semakin membesar dan pastinya perkembangan emosi berbeza seperti gembira dan marah. Asuh kanak-kanak dengan mendengar segala luahan perasaan mereka dan membimbing mereka ke arah emosi yang positif. Jangan biarkan mereka menangis secara berterusan tanpa mengambil berat emosinya. Tenangkan mereka supaya tidak berterusan menangis. Minta mereka meluahkan masalah dan berikan dorongan serta pujian sekiranya mereka boleh menguasai emosinya.
e) PERKEMBANGN ESTETIKA DAN KREATIVITI
Lihat kemampuan kanak-kanak dalam mengembangkan daya kreativiti mereka. Kemahiran ini diperolehi menerusi aktiviti dan projek berkaitan seni visual yang mengutamakan proses, berbanding dengan pengakhiran hasilnya. Proses ini mengaktifkan pemikiran kritikal kanak-kanak dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Selain itu, aktiviti pendidikan seni ini menggalakkan kanak-kanak melakukan eksplorasi dan eksperimen dalam kehidupan seharian
Akhirnya, pengetahuan berkaitan perkembangan kanak-kanak banyak memberi manfaat kepada guru dan ibu bapa itu sendiri dalam membuat keputusan mengenai pembelajaran dan persepsi yang perlu ditegaskan. Oleh itu, kita perlu mengenali semua aspek agar dapat mengetahui kesannya ke atas perkembangan kanak-kanak.
Disediakan oleh,
Syarah Atiqah Binti Sudarma
Pensyarah Jabatan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia,
Kolej Uniti Port Dickson
Masalah Uri Di Bawah atau Placenta Previa Semasa Mengandung- Lina Kiam
“Tahniah, puan mengandung!”
Ungkapan ini merupakan ungkapan keramat bagi setiap pasangan suami isteri lebih-lebih lagi yang telah lama menunggu saat-saat tersebut. Anak merupakan anugerah terindah bagi setiap pasangan suami isteri. Kehadiran anak menyerikan lagi kehidupan berumah tangga. Walaubagaimanapun, ada beberapa keadaan yang berlaku semasa kehamilan menimbulkan rasa tidak selesa dan kerisauan dikalangan bakal ibu. Diantaranya ialah masalah uri di bawah atau istilah perubatannya Placenta Previa.
Uri atau placenta adalah organ yang terdapat di dalam rahim wanita hamil dan bertanggungjawab membawa oksigen dan nutrisi daripada ibu kepada bayinya. Kedudukan uri yang normal berada di tengah atau bahagian atas rahim. Ini bermakna ia jauh daripada kawasan bayi sepatutnya keluar dari rahim. Masalah uri di bawah adalah sesuatu yang normal pada awal kehamilan tetapi apabila kandungan berusia melebihi 28 minggu, kebanyakan uri sudah tertarik ke atas oleh rahim yang semakin membesar. Jika uri ini masih kekal di bawah, keadaan ini dipanggil Placenta Previa (PP).
Tahap keseriusan Placenta Previa dibahagikan kepada empat jenis iaitu jenis pertama, uri berada di kedudukan bawah tanpa menutup pintu rahim. Jenis kedua, uri berada di bahagian rahim dan di pintu rahim. Jenis ketiga, uri menutupi sebahagian pintu rahim dan jenis keempat, uri menutupi keseluruhan pintu rahim. Sekiranya wanita mengalami PP jenis keempat, terdapat risiko tinggi kelahiran pramatang dan pendarahan. Pendarahan boleh menjadi terlalu banyak dan membahayakan nyawa ibu dan bayi yang dikandung.
Punca berlakunya PP tidak diketahui. Namun terdapat beberapa keadaan yang meningkatkan risiko PP iaitu wanita yang mempunyai sejarah kelahiran secara pembedahan sebelum ini, wanita yang melahirkan anak secara kerap dan bilangan yang ramai, wanita muda di bawah umur 20 tahun, merokok semasa hamil dan kandungan kembar. Wanita yang mengalami PP kebiasaannya mengalami kedudukan bayi tidak normal (mungkin melintang, songsang atau oblik).
Rawatan untuk masalah PP hanyalah rehat yang secukupnya dan di bawah pemantauan doktor terutama PP jenis tiga dan empat di hospital. Hal ini kerana PP jenis tiga dan empat mempunyai risiko yang tinggi mengalami pendarahan. Seterusnya kaedah bersalin yang paling selamat bagi wanita PP adalah pembedahan dan boleh dilakukan seawal kandungan 37 minggu. Sekiranya berlaku pendarahan dalam tempoh sebelum 37 minggu, kebiasaannya doktor akan melakukan pembedahan bagi menyelamatkan nyawa ibu terlebih dahulu.
Kesimpulannya, permasalahan yang berlaku sepanjang proses kehamilan insan yang bergelar ibu berbeza-beza. Permasalahan ini merupakan pengalaman yang paling indah dan tidak dapat dilupakan sampai bila-bila. Permasalahan ini juga memberikan ilmu pengetahuan yang baru bagi bakal-bakal ibu. Placenta Previa merupakan permasalahan yang berlaku di kalangan bakal ibu dan permasalahan ini boleh menjadi permasalahan serius sekiranya bakal ibu tidak mengambil berat tentang permasalahan tersebut.
Disediakan oleh,
Lina Binti Kiam,
Pensyarah Jabatan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia
Kolej UNITI Port Dickson.

Monday, 31 October 2016
BUSY BOARD BANTU PERKEMBANGAN MOTOR HALUS- NUR LAILA BINTI AHMAD
Zaman moden ini, biasa kita
tengok situasi dimana satu keluarga berkumpul
senyap sunyi sebab sibuk dengan gadget di tangan masing-masing. Lagi
membimbangkan bila kanak-kanak semuda satu tahun diberi gajet untuk mendiamkan
mereka.
Dengan gajet, anak-anak akan bermain seorang diri. Kajian
oleh Dr Gary Small mengatakan anak-anak yang menghabiskan terlalu banyak masa
dengan teknologi, akan mengurangkan interaksi dan mengganggu ketrampilan
komunikasi.
Zaman sekarang, anak-anak hanya dapat bermain pasir, buih,
rumput dan play-doh hanya di i-pad sahaja. Ini akan membantutkan perkembangan
diri mereka. Biarkan anak menyentuh dengan mengunakan tangan sendiri. Ia dapat
meransang kemahiran motor dan kemahiran deria. Mereka sepatutnya keluar rumah,
berjalan di taman dan bersosial dengan kanak-kanak lain. Kanak-kanak kecil
harus mampu melontar bola, melompat, berlari dan bernyanyi.
Banyak lagi kesan buruk pengunaan gajet berlebihan pada
anak-anak antaranya penurunan perkembangan otak, obesiti, temperamental,
terdedah kepada radiasi yang boleh menghancurkan sel otak kanak-kanak kecil,
merosakkan penglihatan mata dan paling ketara sekali apabila mereka kurang
berminat untuk bermain di alam terbuka.
Bimbang bukan? Bagaimana nak mencegah anak dari dunia
ketagihan gajet yang melampau ni? Antara pilihannya adalah Busy board. Apa itu
busy board? Ia adalah satu papan yang diletakkan aksesori dan peralatan dengan
fungsi yang berbeza yang dapat membuatkan kanak-kanak sibuk dan terhibur.
Pengunaan busy board ini telah digunakan secara meluas di
Negara luar seperti dan Rusia dan diakui keberkesanannya dalam meningkatkan
kemahiran motor halus kanak-kanak sama ada kanak-kanak normal, hiperaktif atau
lembam.
Ia juga dapat melatih anak-anak berfikir untuk
menyelesaikan masalah, sebagai contoh macam mana nak membuka mangga mengunakan
kunci, bagaimana membunyikan loceng basikal, menyalakan lampu dan macam-macam
lagi.
Busy board sesuai untuk bayi seawal usia 6 bulan dan keatas
atau bila anak anda sudah belajar untuk duduk dan bila mereka sudah menunjukka
minat pada barang-barang rumah seperti alat kawalan jauh, pintu, suis dan
lain-lain. Menariknya ia sesuai untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Lazimnya, kanak-kanak mampu bermain dengan
papan berkenaan sekurang-kurangnya 30 minit dan tempoh berkenaan cukup untuk
mereka melatih kemahiran motor setiap hari, selain memberi masa dan ruang untuk
ibu terutama suri rumah melakukan kerja rumah tanpa diganggu atau ketika
memandu.
Selain itu, penggunaan busyboard sangat
membantu untuk mengelakkan kanak-kanak terlalu tertumpu kepada penggunaan gajet
untuk . Anda boleh dapatkan busy board ini dari instagram busytodd_busyboard
atau Facebook busy todd busy board.
Disediakan oleh,
NUR LAILA BINTI AHMAD,
PENSYARAH JABATAN PENDIDIKAN,
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA,
KOLEJ UNITI PORT DICKSON
JAUNDICE : RAWATAN TRADISIONAL VS MODEN- Mohd Noor Shafrin bin Mohd Jaya
Secara umumnya,
jaundice bukanlah sejenis penyakit. Jaundice
berasal dari perkatan Perancis "jaune"
yang bermakna kuning. Sel darah merah manusia yang terurai (kerana mati)
menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubin. Bilirubin ini tidak larut air
dan akan dihantar ke hati untuk diubah menjadi larut air. Oleh itu, jika ia
tidak larut dan dibuang melalui sistem perkumuhan maka akan menyebabkan anggota
badan terutama di bahagian muka, badan bayi juga akan timbul warna kuning dan
jika tidak dirawat boleh menyebabkan sawan serta ada juga menyebabkan kematian.
Susu ibu merupakan ubat mujarab yang
terbaik dalam merawat penyakit bayi terutamanya penyakit jaundice ini. Penyusuan secara kerap mampu mengurangkan masalah
kuning jika diberi secara konsistan dan kerap dari awal kelahiran bayi. Namun,
bagaimana pula bagi ibu yang mengalami masalah kekurangan susu badan? Kadang-kala
si ibu telah bersiap sedia bagi memastikan bayi yang bakal dilahirkan terhindar
dari pelbagai penyakit antaranya dengan kerap mengambil makanan sunnah seperti
kurma,kismis, madu, susu kambing asli dan pelbagai produk makanan tambahan yang
lain. Namun, dalam beberapa hari kelahiran didapati bayi masih juga tidak
terlepas daripada masalah ini.
Kaedah
rawatan yang kerap digunakan oleh kebanyakan masyarakat tidak kira budaya atau
bangsa iaitu melalui rawatan tradisional. Anatara kaedah tersebut adalah
seperti berikut:
1. Sengkuang
cina (air buah sengkuang yang telah di blander diberi minum bagi memastikan
bayi kerap membuang najis)
2. Uncang
herba cina (buat mandian)
3. Serbuk
mutiara (dicampur dengan air suam dan disuapkan ke mulut bayi menggunakan jari)
4.
Titisan
susu kambing asli di mulut bayi(5-7 kali sehari)
5.
Hisapan
madu (letakkan sedikit di jari ibu atau ayah dan biarkan bayi menghisapnya)
6.
Beri
air perahan buah anggur hitam (7 biji sehari)
7.
Urutan
lembut di bahagian kening bayi sambil zikir dan selawat sebanyak 7x sehari
(bagi mengelakkan bayi terkena sawan)
Bagi cara moden, si ibu pelulah mengikuti
nasihat doktor dimana perlu membawa bayi ke hospital dengan mengambil ujian
darah dan menggunakan kaedah phototherapy
jika didapati tahap kuning semakin meningkat sehingga mencecah ke tahap 200 dan
ke atas. Phototherapy
adalah kaedah yang paling berkesan abad ini untuk mengurangkan kekuningan bayi.
Ia adalah sumber cahaya biru dengan jarak gelombang (wavelength) kira-kira 450 nm. Dengan kaedah ini, bilirubin merbahaya
ditukarkan kepada bilirubin larut air untuk dinyahkan daripada badan.
Kesimpulannya, terpulang kepada anda kaedah mana yang ingin dikuti.
Buatlah pilihan yang terbaik untuk anak anugerah terindah kita, yang paling penting
adalah usaha, doa dan tawakal dalam setiap perkara yang dilakukan terutama yang
melibatkan keselamatan dan kesihatan keluarga yang disayangi.
Disediakan oleh,
MOHD NOOR SHAFRIN BIN MOHD JAYA,
PENSYARAH JABATAN PENDIDIKAN
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA,
KOLEJ UNITI PORT DICKSON