Pages

Monday, 5 June 2017

Empat Tindakan Pantas Atasi Si Manja Mengamuk- Hidayah Tokiman

Mengapa si manja mengamuk?
Credit to Google image


Mulanya hanya meragam akhirnya membawa kepada tingkah laku mengamuk. Pasti setiap ibu bapa mengalaminya bukan?

Tingkah laku mengamuk lazimnya terjadi apabila kanak-kanak tidak dapat apa yang dihajati maka akan mencetuskan perasaan marah, sedih atau kecewa. Mengamuk juga boleh disebabkan kerana lapar, haus atau berada dalam persekitaran yang tidak selesa. Situasi ini jika tidak ditenangkan oleh ibu bapa akan menyebabkan si manja terus mengamuk. Apabila si manja kembali bertenang, ibu bapa perlu berperanan untuk menjelaskan mengapa dirinya tidak boleh bersikap sebegitu.

Berikut merupakan empat tindakan segera yang boleh membantu ibu bapa bagi mengatasi si manja yang mengamuk.

1.     Kawalan emosi ibu bapa

Ketika anak mula buat perangai, emosi ibu bapa dahululah sebenarnya perlu dikawal. Kadang kala ibu bapa pula yang kalah dengan emosinya sendiri sehingga hilang kawalan lalu naik tangan. Tanpa ibu bapa sedari keadaan ini akan menyumbang kepada tingkah laku yang lebih buruk lagi. Oleh itu, langkah pertama dalam mengendalikan anak mengamuk, ibu bapa perlu lebih tenang. Keadaan ini sememangnya akan menguji kesabaran ibu bapa.

2.     Minta si manja bertenang

Minta penjelasan dari si manja kenapa bertingkah laku sedemikian. Tanya secara tenang, jelas dan tegas. Terdapat tiga kaedah bagi si manja bertenang;

i.    Jika anak masih menangis atau percakapannya tidak boleh difahami, berikan mereka masa untuk bertenang; tinggalkan dia, selepas 3 hingga 5 minit cuba bercakap dengannya.

ii.    Alihkan perhatian si manja kepada perkara lain. Kajian psikologi menyatakan adalah mudah untuk mengalih perhatian kanak-kanak misalnya dengan merujuk keadaan persekitaran misalnya, ‘tengok adik, ada burung terbang la kat atas pokok’. Sekiranya alihan perhatian diberikan secara perjanjian contohnya, ‘ok, kalau adik dengar cakap mama, nanti mama belikan aiskrim’. Tepatilah perjanjian itu. Jangan sesekali berjanji perkara yang tidak dapat ditunaikan. Tidak mustahil tingkah laku mengamuk akan berulang.


iii.  Jika keadaan anak sukar dikawal atau mengamuk di tempat umum, dukung anak dan bawa ke tempat yang jauh dari pandangan orang dan peluklah dia. Jika si manja masih menjerit-jerit mengamuk, biarkan dirinya menjerit sepuas hati dan ibu bapa hanya akan melepaskan pelukkan apabila dia tenang. Tindakan ini memberi masej bahawa anda yang mengawal keadaan dan bukan dirinya. Ada ibu bapa tewas pada peringkat ini. Oleh demikian, ibu bapa harus melakukannya secara konsisten dan penuh kesabaran.

3.     Ingatkan tentang peraturan

Wujudkan peraturan. Ini akan mendidik anak tentang disiplin dan kawalan diri. Maklumkan dan bincang bersama anak misalnya ‘nanti kat kedai adik boleh pilih satu jenis mainan je tau’. Jika si manja mengamuk; setelah kembali tenang, ingatkan kembali peraturan yang telah dibincangkan ‘kalau adik nak ikut mama pergi kedai, adik boleh pilih satu jenis mainan je’ dan terangkan juga sebab anda tidak boleh mengikut kemahuannya.

4.     Peluk dan luahkan “sayang”

Peluk dan katakan bahawa anda sayangkannya. Jelaskan kepada anak bahawa tingkah laku yang baik akan semua orang suka dan sayang juga sebaliknya.


Demikian itu, menangani anak mengamuk memerlukan kesabaran dan disiplin yang tinggi. Ibu bapa perlu melatih diri untuk mengawal keadaan dan bukannya anak memanipulasi keadaan. Selamat berjaya!




Disediakan oleh:


Hidayah Binti Tokiman,
Pensyarah Jabatan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia,
Kolej UNITI Port Dickson. 


Empat Aktiviti Cetus Rasa Ingin Tahu Kanak-kanak- Hidayah Binti Tokiman

Di usia anak tiga hingga empat tahun, ibu bapa sering keletihan melayani soalan-soalan lantaran rasa ingin tahu si kecil yang meluap-luap. Sebagai ibu bapa pasti timbul pelbagai rasa; buntu untuk menjawab, rasa mahu marah kerana kerap didesak soalan oleh si anak atau tetap senyum apabila soalan-soalan yang di luar jangkauan fikiran orang tua. Walau apa pun jua rasa yang timbul, ibu bapa harus akui inilah antara proses perkembangan otak anak yang baik. Apabila anak bertanya, mereka sebenarnya mengambil peranan aktif dalam pembelajaran sendiri. 


Bertanya merupakan satu bentuk komunikasi. Amat penting bagi ibu bapa untuk menjawab setiap soalan dari anak dengan sebaik-baiknya, kerana setiap soalan adalah peluang untuknya berfikir selain jawapan dari ibu bapa dapat menyelesaikan masalahnya.

Soalan boleh tercetus sendiri daripada anak misalnya melihat sesuatu objek atau individu yang menarik minatnya atau soalan juga boleh dicipta oleh ibu bapa. Justeru, ada empat aktiviti yang boleh ibu bapa lakukan bersama anak bagi merangsang pertanyaan si anak dan menunjukkan rasa ingin tahu iaitu;

11) Komunikasi yang berkesan iaitu dengan memperbanyakkan soalan. Aktiviti ini memerlukan ibu bapa untuk membangkitkan persoalan agar anak akan mula berfikir dan ingin tahu lebih lagi dengan bertanyakan pelbagai lagi bentuk soalan.

22) Berikan anak satu objek atau barangan yang mampu menarik minatnya untuk diterokai kerana kanak-kanak mempunyai minat semulajadi untuk belajar tentang perkara-perkara baru.


33) Membaca buku bersama. Melalui aktiviti membaca ibu bapa boleh berkongsi banyak idea dan peluang untuk bertanyakan soalan berdasarkan isi kandungan buku yang dibaca. Pastikan buku yang dibaca sesuai dengan tahap pemahaman anak-anak.


44)Lakukan aktiviti yang menggalakkan kanak-kanak berfikir dan aktiviti yang merangsang banyak soalan ‘bagaimana, apa, kenapa dan lain-lain lagi’. Antara contoh aktiviti yang memberikan kanak-kanak peluang untuk berfikir dan meneroka lalu mencetuskan soalan adalah bermain pasir, bermain air, menghasilkan kraf juga bermain dengan persekitaran.



Demikian, sebaiknya ibu bapa perlu sentiasa ada masa dan meluangkan masa bersama anak. Apa sahaja persoalan yang ditanya oleh anak, ibu bapa haruslah cuba untuk memberikan jawapan yang terbaik kerana ia penting bagi perkembangan otak si kecil. Selamat bertanya dan selamat menjawab wahai ibu bapa.

Disediakan oleh, 

Hidayah Binti Tokiman,
Pensyarah Jabatan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia,
Kolej UNITI Port Dickson. 

English Is a Crazy Language- Akmal Hafiiz Abd Rani


English was invented by people, not computers, and it reflects the creativity of the human race (which, of course, isn't a race at all). That is why, when the stars are out, they are visible, but when the lights are out, they are invisible.




Here's an excerpt from the opening chapter in my Crazy English: the Ultimate Joy Ride Through Our Language (Pocket Books, 1989). If you see this floating around the Net unattributed, please suggest to the webmaster of that site that the material be properly cited.

English is a Crazy Language (Part I)
July 1, 1996

English is the most widely spoken language in the history of our planet, used in some way by at least one out of every seven human beings around the globe. Half of the world's books are written in English, and the majority of international telephone calls are made in English. English is the language of over sixty percent of the world's radio programs. More than seventy percent of international mail is written and addressed in English, and eighty percent of all computer text is stored in English. English has acquired the largest vocabulary of all the world's languages, perhaps as many as two million words, and has generated one of the noblest bodies of literature in the annals of the human race.

Nonetheless, it is now time to face the fact that English is a crazy language -- the most lunatic and loopy and wifty and wiggy of all languages. In the crazy English language, the blackbird hen is brown, blackboards can be green or blue, and blackberries are green and then red before they are ripe. Even if blackberries were really black and blueberries really blue, what are strawberries, cranberries, elderberries, huckleberries, raspberries, and gooseberries supposed to look like?

To add to this insanity there is no butter in buttermilk, no egg in eggplant, no grape in grapefruit, no bread in shortbread, neither worms nor wood in wormwood, neither mush nor room in mushroom, neither pine nor apple in pineapple, neither peas nor nuts in peanuts, and no ham in a hamburger. (In fact, if somebody invented a sandwich consisting of a ham patty in a bun, we would have a hard time finding a name for it.)

To make matters worse, English muffins weren't invented in England, french fries in France, or Danish pastries in Denmark. And we discover even more culinary madness in the relevations that sweetmeat is made from fruit, while sweetbread, which isn't sweet, is made from meat.

In this unreliable English tongue, greyhounds aren't always grey (or gray); panda bears and koala bears aren't bears (they're marsupials); a woodchuck is a groundhog, which is not a hog; a horned toad is a lizard; glowworms are fireflies, but fireflies are not flies (they're beetles); ladybugs and lightning bugs are also beetles (and to propogate, a significant proportion of ladybugs must be male); a guinea pig is neither a pig nor from Guinea (it's a South American rodent); and a titmouse is neither mammal nor mammaried.

Language is like the air we breathe. It's invisible, inescapable, indispensable, and we take it for granted. But, when we take the time to step back and listen to the sounds that escape from the holes in people's faces and to ex- plore the paradoxes and vagaries of English, we find that hot dogs can be cold, darkrooms can be lit, homework can be done in school, nightmares can take place in broad daylight while morning sickness and daydreaming can take place at night, tomboys are girls and midwives can be men, hours -- especially happy hours and rush hours -- often last longer than sixty minutes, quick- sand works very slowly, boxing rings are square, silverware and glasses can be made of plastic and tablecloths of paper, most telephones are dialed by being punched (or pushed?), and most bathrooms don't have any baths in them. In fact, a dog can go to the bathroom under a tree -- no bath, no room; it's still going to the bathroom. And doesn't it seem a little bizarre that we go to the bathroom in order to go to the bathroom?

Why is it that a woman can man a station but as man can't woman one, that a man can father a movement but a woman can't mother one, and that a king rules a kingdom but a queen doesn't rule a queendom? How did all those Renaissance men reproduce when there don't seem to have been any Renaissance women?

A writer is someone who writes, and a stinger is something that stings. But fingers don't fing, grocers don't groce, haberdashers don't haberdash, hammers don't ham, and humdingers don't humding.

If the plural of tooth is teeth , shouldn't the plural of booth be beeth ? One goose, two geese -- so one moose, two meese? One index, two indices -- one Kleenex, two Kleenices? If people ring a bell today and rang a bell yesterday, why don't we say that they flang a ball? If they wrote a letter, perhaps they also bote their tongue. If the teacher taught, why isn't it also true that the preacher praught? Why is it that the sun shone yesterday while I shined my shoes, that I treaded water and then trod on the beach, and that I flew out to see a World Series game in which my favorite player flied out?

If we conceive a conception and receive at a reception, why don't we grieve a greption and believe a beleption? If a horsehair mat is made from the hair of horses and a camel's hair brush from the hair of camels, from what is a mohair coat made? If adults commit adultery, do infants commit infantry? If olive oil is made from olives, what do they make baby oil from? If a vegetarian eats vegetables, what does a humanitarian eat? (And I'm beginning to worry about those authoritarians.)

And if pro and con are opposites, is congress the opposite of progress?


English is a Crazy Language (Part II)
August 17, 1996

Sometimes you have to believe that all English speakers should be committed to an asylum for the verbally insane. In what other language do people drive in a parkway and park in a driveway? In what other language do people recite at a play and play at a recital? In what other language do privates eat in the general mess and generals eat in the private mess? In what other language do people ship by truck and send cargo by ship? In what other language can your nose run and your feet smell?

How can a slim chance and a fat chance be the same and a bad licking and a good licking be the same, while a wise man and a wise guy are opposites? How can sharp speech and blunt speech be the same and quite a lot and quite a few the same, while overlook and oversee are opposites? How can the weather be hot as hell one day and cold as hell the next? How can the expressions "What's going on?" and "What's coming off?" mean exactly the same thing?!?

If button and unbutton and tie and untie are opposites, why are loosen and unloosen and ravel and unravel he same? If bad is the opposite of good, hard the opposite of soft, and up the opposite of down, why are badly and goodly, hardly and softy, and upright and downright not opposing pairs? If harmless actions are the opposite of harmful nonactions, why are shameful and shameless behavior the same and pricey objects less expensive than priceless ones.

If appropriate and inappropriate remarks and passable and impassable mountain trails are opposites, why are flammable and inflammable materials, heritable and inheritable property, and passive and impassive people the same and valuable objects less treasured than invaluable ones? If uplift is the same as lift up, why are upset and set up opposite in meaning? Why are pertinent and impertinent, canny and uncanny, and famous and infamous neither opposites nor the same? How can raise and raze and reckless and wreckless be opposites when each pair contains the same sound?

Why is it that when the sun or the moon or the stars are out, they are visible, but when the lights are out, they are invisible; that when I clip a coupon from a newspaper I separate it, but when I clip a coupon to a newspaper, I fasten it; and that when I wind up my watch, I start it, but when I wind up this essay, I shall end it?

English is a crazy language.

How can expressions like "I'm mad about my flat," "No football coaches allowed," "I'll come by in the morning and knock you up," and "Keep your pecker up" convey such different messages in two countries that purport to speak the same English?

How can it be easier to assent than to dissent but harder to ascend than to descend? Why it is that a man with hair on his head has more hair than a man with hairs on his head; that if you decide to be bad forever, you choose to be bad for good; and that if you choose to wear only your left shoe, then your left one is right and your right one is left? Right?



English is a Crazy Language Part III
September 30, 1996

Has it ever struck you that we English users are constantly standing meaning on its head? Let's look at a number of familiar English words and phrases that turn out to mean the opposite or something very different from what we think they mean:

I could care less. I couldn't care less is the clearer, more accurate version. Why do so many people delete the negative from this statement? Because they are afraid that the n't . . . less combination will make a double negative, which is a no-no.

I really miss not seeing you. Whenever people say this to me, I feel like responding, "All right, I'll leave!" Here speakers throw in a gratuitous negative, not, even though I really miss seeing you is what they want to say.

The movie kept me literally glued to my seat. The chances of our buttocks being literally epoxied to a seat are about as small as the chances of our literally rolling in the aisles while watching a funny movie or literally drowning in tears while watching a sad one. We actually mean The movie kept me figuratively glued to my seat -- but who needs figuratively, anyway?

A non-stop flight. Never get on one of these. You'll never get down.

A near miss. A near miss is, in reality a collision. A close call is actually a near hit.

My idea fell between the cracks. If something fell between the cracks, didn't it land smack on the planks or the concrete? Shouldn't that be my idea fell into the cracks [or between the boards]?

I'll follow you to the ends of the earth. Let the word go out to the four corners of the earth that ever since Columbus we have known that the earth doesn't have any ends.

A hot water heater. Who heats hot water?

A hot cup of coffee. Here again the English language gets us in hot water. Who cares if the cup is hot? Surely we mean a cup of hot coffee.

Doughnut holes. Aren't those little treats really doughnut balls ? The holes are what's left in the original doughnut. (And if a candy cane is shaped like a cane, why isn't a doughnut shaped like a nut?)

I want to have my cake and eat it too. Shouldn't this timeworn clich‚ be I want to eat my cake and have it too? Isn't the logical sequence that one hopes to eat the cake and then still possess it?

A one-night stand. So who's standing? Similarly, to sleep with someone.

The first century B.C. These hundred years occurred much longer ago than people imagined. What we call the first century B.C. was, in fact the last century B.C.

Daylight saving time. Not a single second of daylight is saved by this ploy.

The announcement was made by a nameless official. Just about everyone has a name, even officials. Surely what is meant is The announcement was made by an unnamed official.

Preplan, preboard, preheat, and prerecord. Aren't people who do this simply planning, boarding, heating, and recording? Who needs the pre-tentious prefix?

Put on your shoes and socks. This is an exceedingly difficult maneuver. Most of us put on our socks first, then our shoes.

A hit-and-run play. If you know your baseball, you know that the sequence constitutes a run-and-hit play.

The bus goes back and forth between the terminal and the airport. Again we find mass confusion about the order of events. You have to go forth before you can go back.

I got caught in one of the biggest traffic bottlenecks of the year. The bigger the bottleneck, the more freely the contents of the bottle flow through it. To be true to the metaphor, we should say, I got caught in one of the smallest traffic bottlenecks of the year.

Underwater and Underground. Things that we claim are underwater and underground are obviously surrounded by, not under the water and ground.

I lucked out. To luck out sounds as if you're out of luck. Don't you mean I lucked in?

Because we speakers and writers of English seem to have our heads screwed on backwards, we constantly misperceive our bodies, often saying just the opposite of what we mean:

Watch your head. I keep seeing this sign on low doorways, but I haven't figured out how to follow the instructions. Trying to watch your head is like trying to bite your teeth.

They're head over heels in love. That's nice, but all of us do almost everything head over heels . If we are trying to create an image of people doing cartwheels and somersaults, why don't we say, They're heels over head in love?

Put your best foot forward. Now let's see. . . . We have a good foot and a better foot -- but we don't have a third -- and best -- foot. It's our better foot we want to put forward. This grammar atrocity is akin to May the best team win. Usually there are only two teams in the contest.

Keep a stiff upper lip. When we are disappointed or afraid, which lip do we try to control? The lower lip, of course, is the one we are trying to keep from quivering.

I'm speaking tongue in cheek. So how can anyone understand you?

They do things behind my back. You want they should do things in front of your back?

They did it ass backwards. What's wrong with that? We do everything ass backwards.


English Is a Crazy Language (Part IV)
October 18, 1996

English is weird.

In the rigid expressions that wear tonal grooves in the record of our language, beck can appear only with call, cranny with nook, hue with cry, main with might, fettle only with fine, aback with taken, caboodle with kit, and spic and span only with each other. Why must all shrifts be short, all lucre filthy, all bystanders innocent, and all bedfellows strange? I'm convinced that some shrifts are lengthy and that some lucre is squeaky clean, and I've certainly met guilty bystanders and perfectly normal bedfellows.

Why is it that only swoops are fell? Sure, the verbivorous William Shakespeare invented the expression "one fell swoop," but why can't strokes, swings, acts, and the like also be fell? Why are we allowed to vent our spleens but never our kidneys or livers? Why must it be only our minds that are boggled and never our eyes or our hearts? Why can't eyes and jars be ajar, as well as doors? Why must aspersions always be cast and never hurled or lobbed?

Doesn't it seem just a little wifty that we can make amends but never just one amend; that no matter how carefully we comb through the annals of history, we can never discover just one annal; that we can never pull a shenanigan, be in a doldrum, eat an egg Benedict, or get a jitter, a willy, a delirium tremen, or a heebie-jeebie; and that, sifting through the wreckage of a disaster, we can never find just one smithereen?

Indeed, this whole business of plurals that don't have matching singulars reminds me to ask this burning question, one that has puzzled scholars for decades: If you have a bunch of odds and ends and you get rid of or sell off all but one of them, what do you call that doohickey with which you're left?

What do you make of the fact that we can talk about certain things and ideas only when they are absent? Once they appear, our blessed English doesn't allow us to describe them. Have you ever seen a horseful carriage or a strapful gown? Have you ever run into someone who was combobulated, sheveled, gruntled, chalant, plussed, ruly, gainly, maculate, pecunious, or peccable? Have you ever met a sung hero or experienced requited love? I know people who are no spring chickens, but where, pray tell, are the people who are spring chickens? Where are the people who actually would hurt a fly? All the time I meet people who are great shakes, who can cut the mustard, who can fight City Hall, who are my cup of tea, and whom I would touch with a ten-foot pole, but I can't talk about them in English -- and that is a laughing matter.

If the truth be told, all languages are a little crazy. As Walt Whitman might proclaim, they contradict themselves. That's because language is invented, not discovered, by boys and girls and men and women, not computers. As such, language reflects the creative and fearful asymmetry of the human race, which, of course, isn't really a race at all. That's why six, seven, eight, and nine change to sixty, seventy, eighty, and ninety, but two, three, four, and five do not become twoty, threety, fourty, and fivety. That's why first degree murder is more serious than third degree murder but a third degree burn is more serious than a first degree burn. That's why we can turn lights off and on but not out and in. That's why we wear a pair of pants but, except on ery cold days, not a pair of shirts. That's why we can open up the floor, climb the walls, raise the roof, pick up the house, and bring down the house.

In his essay "The Awful German Language," Mark Twain spoofs the confusion engendered by German gender by translating literally from a conversation in a German Sunday school book: "Gretchen. Wilhelm, where is the turnip? Wilhelm. She has gone to the kitchen. Gretchen. Where is the accomplished and beautiful English maiden? Wilhelm. It has gone to the opera." Twain continues: "A tree is male, its buds are female, its leaves are neuter; horses are sexless, dogs are male, cats are female -- tomcats included."

Still, you have to marvel at the unique lunacy of the English language, in which your house can simultaneously burn up and burn down, in which you fill in a form by filling out a form, in which you add up a column of figures by adding them down, in which your alarm clock goes off by going on, in which you are inoculated for measles by being inoculated against measles, and in which you first chop a tree down -- and then you chop it up.


Site erected May 1, 1996
Suggestions or comments are welcome - e-mail the webmaster
Entire contents © Richard Lederer 1996; All rights reserved





Prepared by,

Akmal Hafiiz Abd Rani,
Lecturer,
Language Department,
Faculty Of Education And Human Development,
Kolej UNITI

Monday, 30 January 2017

AIR TANGAN ISTERI/ IBU MENGUKUH UKHUWWAH KEKELUARGAAN- Faridah Mohd Tap

Air tangan ibu adalah yang paling dirindui sampai bila-bila. Sejak kecil, penulis dibesarkan dengan masakan ibu dan jarang sekali makan di luar. Seingat penulis, tidak pernah sepanjang zaman persekolahan dan tinggal bersama kerana makanan kami sekeluarga telah disediakan oleh emak sedangkan emak keluar bekerja seawal jam 6 pagi dan pulang menjelang asar. Walaupun makanan yang dihidangkan hanyalah sekadar nasi berlaukkan telur mata dan kicap. Kelazatannya terasa hingga kini. Sesekali emak tidak sihat dan kepenatan, namun makanan untuk anak-anaknya tidak pernah putus. Menjelang perayaan pula, emaklah yang paling sibuk menyediakan pelbagai juadah. Hingga kini, setiap kali balik ke kampung halaman, penulis ternanti-nanti masakannya. Setiap kali itu juga, emak akan membekalkan dengan makanan kegemaran untukku sekeluarga apabila kami berangkat pulang.


Dari perhatian penulis, masakan hasil dari air tangan emak menjadikan hubungan kekeluargaan kami rapat walaupun secara fizikalnya anak-anak telah duduk berjauhan. Untuk melukakan hati emak jauh sekali, malah berusaha menggembirakannya dengan kejayaan untuk dikongsi bersama. Tautan hati yang terjalin adalah berkat dari air tangan emak yang ikhlas menyediakan juadah untuk keluarga. Penulis berasa kagum dengan kesungguhan para isteri/ibu terdahulu khususnya dalam menyediakan makanan kerana ia sangat memberi kesan kepada keteguhan ikatan perkahwinan suami isteri dan pembentukan peribadi anak-anak.


Dewasa ini, para isteri/ibu terpaksa keluar bekerja bagi meringankan bebanan ekonomi rumahtangga yang semakin mencengkam kehidupan. Namun, dari sisi negatifnya, kebanyakan isteri/ibu bekerjaya kehilangan masa untuk menyediakan juadah untuk keluarga melainkan cuti hujung minggu. Bagi yang berkemampuan, mereka mengambil pembantu rumah untuk urus segala termasuk menyediakan juadah untuk keluarga.  Sebaliknya, ada juga yang membungkus makanan atau memberi wang kepada anak-anak untuk membeli makanan di mana-mana kedai makan sendirian.


Hakikatnya, air tangan seorang isteri/ ibu sangat besar maknanya kepada seorang insan bergelar suami dan anak-anak. Ia bukan sekadar makanan untuk mengenyangkan perut yang kelaparan tetapi lebih daripada itu. Air tangan yang dimaksudkan ialah tentang kesungguhan, kecintaan, keceriaan dan ketulusan hati seorang isteri/ ibu kepada suami dan anak-anak. Sentuhan dari hati diiringi dengan ucapan basmallah, doa-doa ringkas yang baik dan zikir itulah yang menjadikan makanan yang dimasak oleh isteri/ ibu terasa sangat enak dan dirindui tidak terbandingkan dengan hotel mewah sekalipun.


Acapkali, isteri/ ibu bekerjaya terasa penat seharian di tempat kerja dan apabila pulang terpaksa pula bertungkus lumus di dapur. Maka membeli sahaja makanan menjadi alternatif  selain menjimatkan masa. Sedangkan puteri Rasulullah s.a.w Fatimah Az-Zahra pun mengeluh dan menangis kepenatan menggiling tepung dan kerja rumah lainnya inikan pula kita manusia biasa. Maka Rasulullah s.a.w memujuk dengan menyampai pesanan  kepada puterinya itu agar terus bersabar. Pesanan dan nasihat Rasulullah s.a.w sebenarnya menjadi inspirasi dan motivasi untuk kita supaya lelah yang dirasa dalam mengurus hal ehwal rumahtangga merupakan salah satu jalan menuju ke syurga.


Rasulullah s.a.w memujuk puterinya dengan berpesan,

Wahai Fatimah!, seorang perempuan manapun yang menggilingkan tepung untuk suami dan anak-anaknya, maka Allah S.W.T akan menuliskan suatu kebaikan dan menaikkan darjatnya dari setiap biji gandum yang digilingnya.


Wahai Fatimah!, seorang perempuan yang menggilingkan gandum hingga ia berkeringat, maka Allah S.W.T akan menjauhkan dirinya dari neraka tujuh buah parit.


Wahai Fatimah!, seorang perempuan yang meminyakkan rambut anaknya kemudian menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian, nescaya Allah S.W.T akan mencatatkan pahala baginya seperti orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang telanjang.


Wahai Fatimah!, seorang perempuan yang yang menghalangi hajat jiran tetangganya, maka Allah SWT akan menghalangi meminum air telaga Kautsar pada hari kiamat.


Wahai Fatimah!, ketahuilah yang paling utama adalah bahawa redha suami adalah redha Allah S.W.T dan kemarahan suami merupakan kemarahan Allah S.W.T.

Wahai Fatimah!, seorang perempuan yang sedang hamil akan dicatatkan kebaikan-kebaikan dan dihapuskan kejahatan darinya serta para malaikat akan beristigfar untuknya.

Wahai Fatimah!, seorang perempuan yang hendak melahirkan anaknya, Allah S.W.T akan mencatatnya sebagai pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah SWT.


Wahai Fatimah!, seorang perempuan yang telah melahirkan anaknya, maka dia terbebas dari dosa-dosa seperti keadaan pada hari dilahirkan oleh ibunya. Dan jika meninggal ia tidak menanggung dosa sedikit pun hingga kuburnya menjadi taman syurga bagi dirinya.

Wahai Fatimah!, seorang perempuan yang melayani suaminya sehari semalam dengan baik, lemah lembut dan ikhlas maka Allah S.W.T akan mengampuni dosa-dosanya dan kelak akan mengenakan pakaian berwarna hijau di syurga dan memberikan kebaikan setiap helai bulu dan rambut yang ada di tubuhnya.


Wahai Fatimah!, seorang perempuan yang tersenyum manis dan lembut dihadapan suaminya akan dipandang Allah S.W.T dengan pandangan penuh rahmat.

Wahai Fatimah!, seorang perempuan yang menyiapkan tempat istirahat bagi suaminya dan menata hias rumah dengan baik hati dan sabar, maka malaikat akan menyeru, ”Teruslah beramal, Allah S.W.T. akan mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan akan datang.”


Wahai Fatimah! seorang perempuan yang meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumisnya, serta mengguntingkan kukunya, maka Allah S.W.T akan memberinya minuman dari sungai-sungai syurga dan Allah S.W.T memudahkan saat sakaratul mautnya kemudian menjumpai kuburnya bagaikan taman-taman syurga. Selain itu, Allah S.W.T akan menyelamatkan dirinya dari api neraka dan selamatlah ia dari titian shirat.


Pesan-pesan Rasulullah s.a.w mengandungi daya penggerak yang menggetarkan nurani wanita untuk terus tersenyum melakukan tugas-tugas lazim sebagai isteri dan ibu walaupun dalam kepenatan. Antara tugas lazim seorang isteri/ ibu ialah memasak. Justeru, jangan sesekali mengabaikannya kerana air tangan yang mengalir dalam masakan yang disediakan mengandungi hikmah dan manfaat tertentu antaranya mengukuh jalinan cinta suami isteri, mengekalkan kebahagiaan keluarga, mengakrabkan hubungan ibu dan anak-anak dan membentuk peribadi anak-anak agar mudah mendengar kata dan taat.


Semoga dengan usaha-usaha para isteri/ ibu seperti memasak untuk membahagiakan suami dan anak-anak menjadi bakti untuk meraih syurgaNya. Bersyukurlah para isteri/ ibu jika masih berpeluang memasak untuk suami dan anak-anak kerana itulah momen yang akan dirindui sampai bila-bila sedangkan ramai yang mungkin tidak mampu untuk berbuat demikian dengan pelbagai sebab. Ingatlah, antara hikmah terbesar air tangan seorang isteri/ ibu ialah dapat mengukuh ikatan kekeluargaan untuk dikenangi oleh suami dan anak-anak agar sentiasa dekat di hati. Insha Allah dengan izin Allah.



BONGKAR!!! TEMPOH KRITIKAL PERKEMBANGAN MINDA KANAK-KANAK- Nur Akmar Binti Mohd Arif

Setiap anak mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan dan asuhan terbaik seawal usia, terutama tiga tahun pertama, iaitu umur yang paling kritikal dalam perkembangan kanak-kanak yang akan memberikan kesan sehingga dewasa. Penyelidik Sains Neuro yang mengkaji otak kanak-kanak mengakui bahawa pembentukan kecerdasan bermula sejak kanak-kanak lahir dimana kajian perkembangan kanak-kanak menunjukkan bahawa sejak lahir, malah semasa dalam kandungan lagi kanak-kanak telah mampu belajar.


Menurut Bredekamp & Copple (1997), dalam tiga tahun pertama, kanak-kanak belajar atau gagal belajar cara untuk bergaul, cara melerai konflik, cara berinteraksi, cara memujuk dan cara meneroka dunia persekitarannya. Oleh itu, kanak-kanak perlu diberikan pengalaman pembelajaran dan rangsangan positif yang banyak dan kerap sejak lahir supaya hubungan sinaps yang terbentuk dalam otak menjadi kekal. Kajian Sains Neuro juga menunjukkan bahawa kebanyakan daripada hubungan sinaps yang akan kekal sepanjang hidup ialah yang dibina semasa tiga tahun pertama umur kanak-kanak.


Kajian-kajian dalam bidang neurosains (brains research) mendapati otak  kanak-kanak berkembang dengan cara tertentu daripada pengalaman dan  rangsangan yang diterima melalui deria-derianya. Contohnya, bayi baru lahir belajar mengenali ibu bapa, penjaga, pendidik atau pengasuhnya secara menghidu, melihat, mendengar, mengecam suara dan merasa kelembutan sentuhan mereka. Pengalaman melalui lima deria ini disimpan dalam bentuk hubungan sinaps dalam otaknya. Ini menunjukkan bahawa pengalaman awal kanak-kanak mempunyai impak yang besar kepada senibina otak kanak-kanak sehingga mereka dewasa kelak.



Kanak-kanak adalah insan yang fitrahnya sentiasa ingin bermain, meneroka dan belajar. Semenjak di dalam kandungan lagi, insan ini telah mulai belajar melalui  perasaan ibunya dan boleh merasai kesan-kesan daripada setiap  tindakan ibunya.  Selepas dilahirkan, kanak-kanak ini akan belajar dengan lebih cepat daripada orang lain seperti pendidik atau pengasuh di TASKA serta dunia persekitarannya.  Pembelajaran atau pengalaman awal ini yang akan membentuk sahsiah dan personalitinya kelak. Oleh itu, menjadi  tanggungjawab  ibu  bapa,  penjaga, pendidik dan pengasuh untuk menyediakan persekitaran dan pengalaman pembelajaran  dengan  penuh  kasih sayang baik di rumah mahupun di TASKA.


 
Penyelidikan telah membuktikan bahawa pembelajaran awal membantu kejayaan kanak-kanak di sekolah dan kehidupan masa hadapan mereka. Pembelajaran awal adalah penting dalam membantu anak-anak ini mencapai perkembangan yang menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial. Hakikatnya, kanak-kanak pada usia 1 hingga 4 tahun sudah boleh  didedahkan kepada proses pembelajaran peringkat awal yang mampu memberi kesan positif kepada tumbesarannya kerana pada usia ini otak kanak-kanak adalah seperti span yang mampu menyerap apa sahaja dengan cepat daripada persekitarannya.



Kajian perkembangan kanak-kanak menunjukkan bahawa 90 peratus daripada perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum kanak-kanak mencapai umur lima tahun kerana sejak kelahiran hingga berumur dua tahun, kanak-kanak itu mengalami perkembangan kognitif yang pesat. Oleh itu, cara terbaik untuk membentuk hubungan otak kanak-kanak kecil adalah dengan memberikan persekitaran yang selamat dan menarik untuk diterokai baik di rumah mahupun di TASKA serta dikelilingi oleh orang yang boleh memberikan respons kepada keperluan emosi dan intelek mereka. Ini menunjukkan betapa besarnya peranan pendidik dan pengasuh di TASKA selain ibu bapa dalam membantu merangsang perkembangan minda kanak-kanak.



Kanak-kanak yang membesar dengan persekitaran yang kaya dengan bahasa biasanya akan fasih berbahasa pada usia tiga tahun. Kajian otak telah menyatakan bahawa kanak-kanak kecil memerlukan kasih sayang, pendorong dalam kehidupan mereka yang akan menyanyikan lagu untuk mereka, memeluk mereka, berbual dengan mereka, membacakan buku untuk mereka dan berada di samping mereka. Seiring dengan pandangan Harlow & Zimmerman (1959), kanak- kanak memerlukan sentuhan dan perdampingan orang dewasa. Ini menunjukkan betapa pentingnya keprihatinan dan kasih sayang daripada ibu bapa, penjaga, pendidik atau pengasuh untuk kelangsungan tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak baik di rumah mahupun di TASKA.


Selain itu, menurut pakar psikologi, personaliti kanak-kanak sudah terbentuk  sebelum usia mereka mencapai 5 tahun. Pengalaman awal dan persekitaran di mana kanak-kanak dibesarkan baik di rumah mahupun pembelajaran di TASKA adalah faktor utama yang mencorakkan personaliti mereka yang boleh berkekalan sehingga  dewasa. Oleh itu, jika ibu bapa inginkan anak-anak mereka mempunyai personaliti yang baik dan positif dalam perhubungan dan pengurusan diri, bijak berkomunikasi serta pandai menyesuaikan diri dalam apa sahaja keadaan, maka berikanlah mereka pendidikan dan pengalaman awal yang berkualiti. Hakikatnya, peringkat kanak-kanak merupakan peringkat utama yang paling kritikal dan pesat perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringkat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seseorang.


Kesimpulannya, pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti pada hari ini adalah penting untuk pembangunan potensi insan yang seimbang dan optimum merangkumi semua aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial dalam persekitaran yang selamat, sihat dan menyeronokkan. Setiap kanak-kanak mempunyai potensi yang perlu dibangunkan dan dikembangkan kerana mereka adalah modal insan dan generasi masa hadapan negara.



“Jika kamu menyentuh saya dengan lembut dan halus,
Jika kamu melihat ke arah saya dan tersenyum,
Jika kamu berbual dengan saya dan mendengar,
Saya akan terus membesar dan membesar!”

-Jackie Silberg-



Disediakan Oleh:

Nur Akmar Binti Mohd Arif
Pensyarah,
Jabatan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia,
Kolej Uniti Port Dickson




SENI MENJADIKAN KANAK-KANAK LEBIH KREATIF- Fatimah Bt Kamaruddin

Seni merupakan satu perkara yang subjektif pada pandangan setiap insan. Sebagai manusia, kita menjalani kehidupan dengan pengalaman seni yang tersendiri dan berbeza. Seni boleh  merangkumi kepada seni lukis, seni muzik, seni lakonan dan lain-lain lagi. Seni visual merupakan satu seni yang mana merupakan hasil karya individu dengan menggunakan pelbagai teknik seperti melukis, mewarna, menampal, mengoyak, merenjis dan sebagainya.



Seni juga merupakan perkara yang dikeluarkan dari dalaman seseorang yang mana juga di kenali sebagai luahan emosi. Pendedahan dalam bidang ini sejak kecil akan memberikan kesan yang positif dalam diri kanak-kanak. Kebiasaanya pada peringkat awal kanak-kanak, mereka akan melalui proses perkembangan dari segi intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial. Oleh sebab itu kanak-kanak pada masa ini dilihat suka menyoal, meneroka serta mencuba. Pada usia sebegini perasaan ingin tahu sangat tinggi peratusannya dalam diri mereka. Pada peringkat ini juga kanak-kanak memang gemarkan aktiviti seni yang berbentuk hands-on.


Keinginan untuk mengetahui perkara-perkara yang berlaku disekeliling membuatkan kanak-kanak memerlukan pengalaman secara langsung. Malah kanak-kanak akan lebih berupaya atau berkembang secara aktif apabila terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh mereka sendiri. Melalui pengalaman dan pengamatan sendiri, seseorang kanak-kanak akan lebih cerdas dalam aktiviti pembelajarannya.


Ramai pengkaji menyatakan pelajar yang kreatif adalah pelajar yang belajar melalui penyoalan, pemerhatian dan percubaan. Pengalaman menerusi kegiatan seni adalah ideal untuk mencambah, melatih serta merangsang daya imaginasi dan pemikiran kreatif kanak-kanak. Menerusi gerak kreatif, ia merupakan satu ruang yang boleh digunakan oleh kanak-kanak untuk menunjukkan daya kreativiti mereka.


Maka untuk menghasilkan kraf yang menarik, alat-alat dan peralatan memang perlu disediakan dengan baik. Antara peralatan yang diperlukan adalah pensil, gunting, berus lukisan,batang aiskrim, gam, gam pistol, pen marker, kotak, pengasah pensil, kapas, pemadam, tali benang, cawan kertas, pita pelekat, kertas warna, warna air, tisu, pinggan kertas, kotak serbaguna dan banyak lagi bahan yang boleh diguna semula.


Bermain dengan alatan-alatan ini akan menarik minat kanak-kanak. Mereka akan merasa seronok dan lebih mudah untuk menerima pembelajaran. Kanak-kanak yang didedahkan dengan perkara sebegini semenjak awal akan menggunakan segala kreativiti dan kepintaran mereka untuk mencipta sesuatu yang lebih besar, lebih kreatif dan lebih menggagumkan.


Disediakan oleh,

Fatimah Bt Kamaruddin,
Pensyarah,
Jabatan pendidikan,
Fakulti pendidikan dan pembangunan manusia,
Kolej uniti port Dickson,
Negeri sembilan


Wednesday, 28 December 2016

ISU & CABARAN: REALITI PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK HARI INI-Nur Akmar Binti Mohd Arif

"Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya".

Pepatah di atas merujuk kepada pendidikan hari ini yang perlu dititikberatkan seawal usia dalam melahirkan modal insan yang berkualiti dan seimbang merangkumi semua aspek perkembangan. Pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan dan berkembang seiring dengan perkembangan individu seseorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran untuk diaplikasikannya dalam kehidupan sehariannya atau di masa akan datang.


Hakikatnya, pendidikan awal kanak-kanak pada hari ini adalah sangat penting sebagai persediaan sebelum anak kecil ke sekolah rendah dalam usaha membangunkan modal insan yang seimbang dan holistik merangkumi aspek JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.


Menurut Kostelnik dan rakan-rakan (1993),‘awal kanak-kanak’ merujuk kanak-kanak sejak daripada lahir sehingga berumur 8 tahun iaitu kanak-kanak di taman asuhan atau taman didikan, prasekolah dan sekolah rendah. Dengan adanya satu sistem pendidikan atau program khusus yang ditawarkan oleh pemilik pusat pendidikan hari ini, ia secara tidak langsung membantu meningkatkan kesedaran ibu bapa mengenai kepentingan pendidikan awal kanak-kanak. Menyedari akan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak ini, kewujudan pusat pendidikan awal kanak-kanak atau Taska pada hari ini tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan dan boleh dikatakan, pasti ada pihak yang mengusahakannya di setiap satu kawasan perumahan.


Potensi perniagaan dalam industri Taska yang semakin berkembang pesat akhir-akhir ini dilihat telah menarik lebih ramai usahawan muda termasuklah graduan yang bukan sahaja terdiri daripada golongan wanita tetapi juga lelaki. Secara umumnya, perniagaan dalam pusat pendidikan awal kanak-kanak masih luas untuk diterokai oleh usahawan tempatan memandangkan ia menjadi keperluan kepada ibu bapa bagi memastikan kesediaan anak-anak mereka sebelum ke alam persekolahan.


Oleh itu, usahawan muda yang berminat untuk menerokai bidang ini bukan sahaja perlu mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam pengurusan pusat asuhan kanak-kanak tetapi hakikatnya perlu mempunyai pengetahuan dalam memahami keperluan dan kehendak kanak-kanak seiring dengan perkembangan usia mereka.


Realiti hari ini, industri pendidikan awal kanak-kanak sentiasa berkembang dan tidak mempunyai kesan serius sekiranya berdepan dengan cabaran ekonomi kerana ia merupakan keperluan dalam bidang pendidikan. Hakikatnya Taska pada hari ini merupakan salah satu keperluan orang ramai di mana sahaja, selagi wujudnya komuniti masyarakat. Taska kini bukan sahaja satu perniagaan yang dijalankan untuk menjaga dan mendidik kanak-kanak tetapi juga turut mampu menjana pendapatan sendiri.


Namun, yang menjadi isu ialah mengenai kelayakan pendidik di Taska! Selain mempunyai minat dan penyayang terhadap kanak-kanak, pendidik Taska juga perlu memiliki kelayakan akademik dalam bidang ini bagi menambah nilai dalam diri mereka kerana cabarannya adalah mereka akan berdepan dengan kanak-kanak yang perlu mendapatkan bimbingan yang betul. Ini memberi peluang pekerjaan kepada graduan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak untuk menceburi perniagaan Taska, malah mereka perlu mengambil peluang untuk mengikuti Kursus Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Permata (KAP) iaitu kursus yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dalam menjalankan pengasuhan dan didikan kanak-kanak di Taska.


Menurut Puan Rosmaria Mohd Sahat, Pengarah Urusan Rehal Solutions Sdn Bhd yang merupakan salah satu agensi yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) bagi menganjurkan Kursus Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Permata (KAP), industri ini semakin menjadi tarikan usahawan muda sebagai salah satu perniagaan yang berpotensi dalam menjana pendapatan dan  menguntungkan. Perkembangan pesat industri ini dapat dilihat dengan kehadiran lebih ramai peserta untuk menyertai kursus wajib KAP termasuk para pensyarah bagi menerokai dunia keusahawanan dan pendidikan awal kanak-kanak.


Memetik petikan daripada Dialog Bersama Menteri bertajuk 'Wawasan Baharu Ke Arah Pembangunan Masyarakat' di Institut Sosial Malaysia yang diadakan pada Bulan Oktober 2016 yang lepas, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Dato’ Seri Rohani Abdul Karim menitikberatkan kualiti pengasuh yang perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam mendidik anak-anak di Taska. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meletakkan syarat bahawa pengasuh bagi Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) perlu memiliki sekurang-kurangnya diploma dalam pengurusan pendidikan awal kanak-kanak.


Dalam ucapan perasmian, Dato’ Seri Rohani menegaskan bahawa keperluan bagi memastikan pendidik atau pengasuh Taska memiliki diploma merupakan usaha kerajaan untuk mendapatkan acuan terbaik dalam mendidik kanak-kanak. Maka, cabarannnya, pendidik hari ini perlu mempunyai pengetahuan dan mencapai kualiti untuk mengasuh dan mendidik kanak-kanak di bawah umur tiga tahun seiring dengan pembangunan pendidikan kanak-kanak di negara maju yang lain. Realitinya, pengasuh kanak-kanak di Negara maju memang dilatih secara profesional dan tahap pendidikan minimum mereka mestilah diploma.


Seiring dengan hasrat dan seruan kerajaan, gaduan yang memiliki diploma dalam pendidikan awal kanak-kanak mempunyai kelebihan untuk terlibat dalam pendidikan dan pengasuhan kanak-kanak di Taska. Justeru itu, pendidik anak-anak kecil pada hari ini sebenarnya bukan sahaja perlu menguasai teori semata-mata tetapi mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam mendidik anak-anak syurga ini. Sikap mengambil mudah mengenai didikan awal anak kerana menganggap si kecil itu tidak mungkin dapat memahami pelajaran perlu ditolak dalam skema pemikiran pendidik pada hari ini.


Pendidik perlu lebih kreatif dalam melihat sejauh mana perkembangan yang dapat dicapai oleh kanak-kanak selain membentuk sahsiah diri serta menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Hakikatnya, untuk mengajar anak-anak kecil, kaedah formal tidak diperlukan malah hakikatnya lebih mirip kepada bermain. Oleh itu, menerusi cara bermain dan melakukan pelbagai aktiviti menyeronokkan di Taska merupakan terapi yang dapat membantu dalam merangsang perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Inilah yang perlu dikuasai oleh pendidik atau pengasuh hari ini!


Justeru itu, ilmu dan pengetahuan graduan dalam pendidikan awal kanak-kanak pada hari ini perlu dimanfaatkan pada landasan yang betul untuk pembangunan modal insan yang berkualiti. Sumbangan dan kepakaran mereka ini yang diperlukan dalam membangunkan industri pendidikan awal kanak-kanak pada hari ini dan seterusnya melahirkan generasi pewaris Negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang! Sekiranya seorang kanak-kanak mendapat pendidikan asas yang berkualiti, maka diyakini bahawa kanak-kanak tersebut akan terus berjaya dalam pendidikan yang akan dilalui pada peringkat yang lebih tinggi!



Disediakan Oleh,

Cik Nur Akmar Binti Mohd Arif,
Pensyarah,
Jabatan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia,
Kolej Uniti Port Dickson




TIPS MEMBANTU KANAK-KANAK LELAKI LEBIH KREATIF-Fatimah bt Kamaruddin

Setiap individu mempunyai kreativiti yang dianugerahkan secara semulajadi. Dengan bimbangan ia dapat dihasilkan dalam bentuk karya yang lebih menarik. Kalau dilihat secara rawak kanak-kanak mempunyai sifat semulajadi yang sememangnya kreatif. Namun mentaliti masyarakat kita pada hari ini hanya melihat kanak-kanak perempuan sahaja yang kreatif. Maka apa yang dilakukan oleh kanak-kanak lelaki dianggap sebagai sia-sia sahaja dan dianggap tidak kreatif. Pernahkah kita terfikir kanak-kanak lelaki lebih memerlukan perhatian khusus berbanding kanak-kanak perempuan? Maka wajarlah sekiranya kita meneliti perkara-perkara yang boleh membantu kanak-kanak lelaki untuk lebih kreatif.


Menurut E. Paul Torrance (1991), pelajar yang kreatif belajar melalui pemerhatian, penerokaaan serta persoalan. Setiap individu mempunyai kreativiti yang dianugerahkan secara semulajadi. Dengan adanya bimbingan ia dapat dilakukan dalam bentuk karya yang lebih menarik.


Seni memainkan peranan yang penting dalam pendidikan kanak-kanak. Hal ini kerana gabung jalin seni dalam pembelajaran akan membuatkan mereka berasa lebih gembira dan seronok untuk belajar. Terapi seni juga berupaya meningkatkan tahap keyakinan dan optimistik dalam diri kanak-kanak.
Pendekatan dan penglibatan kanak-kanak dalam pelbagai jenis pengalaman adalah sangat penting terutama bagi kanak-kanak lelaki yang berada dalam lingkungan umur 4 – 9 tahun. Dimana dalam hal ini kanak-kanak belajar melalui pembelajaran sendiri yang mana memberi lebih kepuasan serta pengalam yang tersendiri. Proses ini meningkatkan perasaan estetika dan daya kreativiti kanak-kanak.


Sebagai ibu bapa atau penjaga, kita merupakan guru pertama bagi anak-anak. Kita pasti mengimpikan mereka menjadi seorang yang pintar. Dalam perkara sebegini kita seharusnya membiarkan mereka berkarya dengan bebas, berimaginasi dan memcuba apa yang ada disekeliling mereka. Setiap yang dihasilkan adalah luahan jiwa dan pengamatan mereka terhadap persekitaran mereka. Maka kita perlu berbangga dengan usaha yang telah dilakukan oleh mereka.


Perkara yang terakhir adalah mencari peluang untuk menggalakkan kanak-kanak lelaki mengembangkan komponen-komponen dasar semulajadi dalam diri meraka seperti seni visual, tingkah laku motor kasar dan motor halus, seni verbal, hubungan sosial, logik matematik dan kinestetik. Sekiranmya kesemua perkara ini berjalan dengan lancar maka masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak lelaki akan berkurangan dan kanak-kanak lelaki akan menjadi lebih kreatif dan inovatif.


Catatan Penting: 

  • Perkara pertama adalah mencari peluang untuk menggalakkan kanak-kanak lelaki.
  • Perkara kedua adalah berbangga dengan usaha yang dilakukan.
  • Perkara ketiga amalkan sikap optimistik. 
  • Perkara keempat memberi pendedahan dengan pendekatan, kaedah dan teknik yang sempurna. Kanak-kanak akan berupaya mengembangkan pemikiran kritis mereka.
  • Perkara kelima adalah terima segala persoalan, pemerhatian, percubaan serta penerokaan yang   mereka lakukan kerana melalui perkara sebegini sebenarnya kanak-kanak akan menjadi lebih   kreatif.



Disediakan oleh,


Fatimah bt Kamaruddin,
Pensyarah,
Jabatan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,
Kolej UNITI Port Dickson,
Negeri Sembilan.



GAJET DAN KANAK-KANAK- Syazwan Bin Sha’ari

Penggunaan gajet dalam kehidupan seharian bukan asing lagi bagi masyarakat kita. Ramai yang mengakui, lebih mudah jika anak-anak digula-gulakan dengan Ipad bagi mengawal tingkah laku anak jika berada di rumah kawan sebagai contoh, ataupun di kedai makan. Tetapi, ramai yang tidak sedar, kesan yang boleh memudaratkan anak-anak kecil ini. Adakah anda tahu, bahawa rangsangan yang berlebihan dari penggunaan gajet ini boleh mengecutkan otak anak anda, terutamanya kanak-kanak yang berumur bawah 3 tahun? Gajet yang dimaksudkan ini juga termasuklah penggunaan televisyen, dan apa sahaja yang di tonton dan terhad dalam sebuah kotak.


Kajian menunjukkan anak-anak di bawah umur 2 tahun yang di biarkan menonton rancangan di TV terlalu lama akan mengalami efek negatif yang pada perkembangan bahasa, skil membaca dan ingatan memori jangka pendek. Kesan menonton TV pada 2 tahun pertama juga akan mengganggu tidur dan tumpuan anak-anak apabila mereka meningkat dewasa.


Namun begitu, memberi anak menggunakan gajet sekejap-sekejap bukanlah satu kesalahan. Teknologi sememangnya memberi banyak manafaat kepada kita. Berikut ialah panduan penggunaan gajet:


1. Had masa

Tidak lebih 15-20 minit bagi satu-satu sesi penggunaan gajet bagi anak di bawah 2 tahun,  'tolak-tambah' 2 jam dalam sehari bagi anak 2 tahun ke atas mengikut kesesuaian umur.


2. Jangan benarkan anak makan sambil menonton tv

Makan sambil menonton tv/skrin akan samada membuat anak hilang fokus untuk menghabiskan makanannya atau membuat anak makan dengan lebih banyak kerana asyik menonton boleh ganggu kebolehan anak merespon pada isyarat kenyang. Ini adalah salah satu punca obesiti.


3. Iklan


Pilihlah program tanpa iklan kerana iklan akan menganggu anak untuk faham jalan cerita yang ditonton. Ini kerana bahagian otak yang kekalkan info masa singkat anak belum sepenuhnya berkembang. Gangguan iklan akan membuat anak lupa jalan cerita sebelumnya lalu mendapat rumusan jalan cerita akhir yang salah. Ini amat tidak membantu usaha untuk melatih anak memanjangkan tempoh tumpuannya.


4. Pilih program

Memilih program-program yang menarik dan menghiburkan. Program yang banyak pengulangan ayat, perkataan dan nilai yang ingin dipupuk. Rentak program yang tidak terlalu laju hingga menyukarkan anak kecil untuk mengikutinya. Program yang menarik dari segi kandungan dan bahan paparannya supaya dapat menjadi contoh pembelajaran kepada kanak-kanak. Memilih program yang memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri dan belajar bersama.


5. Menggunakan gajet bersama anak

Menggunakan gajet bersama bukan sekadar merapatkan hubungan tetapi ia mewujudkan komunikasi dua hala sebenar walau skrin/TV sedang digunakan.


Pendek kata,bukan alat atau teknologi yang harus dimusuhi, tetapi sikap melampau manusia atau ketidakbijaksanaan manusia dalam mengurus penggunaan bahan teknologi ini. Teknologi akan memberi banyak manafaat jika kita pandai memenafaatkan kelebihan itu.



Disediakan Oleh,


En Syazwan Bin Sha’ari
Pensyarah,
Jabatan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia,
Kolej Uniti Port Dickson


PENDERAAN FIZIKAL KANAK-KANAK-Nurul Hidayah Bte Sahrom

Ibu mana yang tidak hancur luluh perasaannya apabila melihat anak kecilnya seawal lima tahun patah tulang belakang, rusuk, paha selain dipenuhi kesan parut pada anggota badan akibat penderaan? Sebagai seorang insan yang dikurniakan hati dan perasaan kita sememangnya akan kecewa dan marah apabila hal ini berlaku kepada mereka yang kita sayangi. Apatah lagi jika ianya bakal menyebabkan kecacatan kekal akibat kecederaan patah 13 tulang di seluruh badan. Namun, inilah nasib adik Nur Zuliana Zaara Zulkifli, lima tahun yang telah didera oleh ibu tirinya pada Jun 2015. Ini adalah antara kes penderaan fizikal yang dilaporkan oleh media massa. Bagaimana pula nasib kanak-kanak yang didera namun tiada siapa yang mendengar rintihan mereka? Siapa yang membela nasib mereka?


Penderaan fizikal kanak-kanak boleh didefinisikan sebagai kecederaan tidak sengaja atau dipukul/dera. Keadaan ini berlaku apabila kanak-kanak mendapat kecederaan fizikal dari perlakuan (atau pengabaian) ibu bapa, penjaga atau mereka yang diberi tanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak (Dr. Irene Cheah, 2012). Penderaan bukan sahaja terjadi akibat kekerasan yang dilakukan dengan anggota badan pendera, malah ianya boleh dilakukan dengan pengunaan agen-agen penderaan. Agen-agen penderaan ini biasanya digunakan untuk menyakitkan dan mencederakan mangsa. Antara agen-agen penderaan yang biasa digunakan untuk tujuan ini adalah seterika panas, air panas, tali pinggang, getah paip, rotan, penyangkut baju dan puntung rokok.


Tindakan mencubit, menggigit, memukul, menyepak, menampar, menumbuk, memijak, menghantukkan kepala ke dinding merupakan antara contoh tindakan penderaan fizikal yang sudah tentu tidak wajar apatah lagi menggunakan agen-agen penderaan sebagai peralatan sokongan kepada penderaan. Mengapa penderaan ini terus berlaku? Adakah disebabkan pendera sudah hilang sifat belas kasihan kepada anak-anak kecil ini? Statistik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menunjukkan peningkatan kes penderaan kanak-kanak dari 2010 iaitu sebanyak 3,257 kes, 3,428 kes (2011), 3,831 kes (2012), dan 4,119 kes pada 2013, manakala dari Januari hingga April 2014 sahaja terdapat sebanyak 1,430 kes (Mastura Mohd Zain, 2015). Mengapa angka ini terus meningkat?


Menurut penulis, antara punca yang menyebabkan penderaan fizikal ini berlaku adalah disebabkan tekanan kehidupan dan kejahilan.  Tekanan kehidupan yang dimaksudkan oleh penulis adalah tekanan di tempat kerja, bebanan kerja, masalah kewangan dan  masalah rumah tangga. Manakala kejahilan ini boleh dilihat daripada ketidakprihatinan si pendera terhadap isu berkaitan kanak-kanak. Atas faktor-faktor ini si pendera yang jahil akan melepaskan tekanan dan kemarahan kepada insan yang tidak mampu melawan mereka iaitu anak kecil.


Adakalanya si pendera menganggap tindakan memukul adalah salah satu cara mendisplinkan kanak-kanak. Sebenarnya tindakan sedemikian langsung tidak berkesan untuk mendisplinkan kanak-kanak bahkan ianya membekaskan ketakutan mangsa kepada orang dewasa. Selain kesan fizikal lebam, luka, terpulas, terkoyak kulit, patah tulang dan pendarahan, penderaan fizikal juga boleh memberikan kesan secara  langsung terhadap personaliti kanak-kanak. Kanak-kanak yang didera biasanya cenderung menyimpan dendam dan mampu bertindak agresif terhadap rakan sebaya. Hal ini kerana mereka meniru aksi si pendera dan mahu melepaskan kemarahan akibat penderaan yang dialami.


Masyarakat harus sedar bahawa penderaan fizikal adalah sesuatu yang serius. Kerajaan Malaysia dalam Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) memperuntukkan bahawa sekiranya mana-mana orang yang mempunyai tugas pemeliharaan seorang kanak-kanak yang menyebabkan kecederaan fizikal telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 31 Akta 611 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM 20,000.00 atau penjara tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.


        Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan demi membela nasib kanak-kanak negara ini. Cawangan perlindungan kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) giat menyelaras dan memantau kes-kes berkaitan dengan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak kepada situasi merbahaya mengikut Akta Kanak-kanak 2001 (Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2016).  


       Justeru masyarakat perlu lebih prihatin menyalurkan maklumat tentang sebarang bentuk penganiayaan kanak-kanak kepada pihak berkuasa. Segala usaha murni kerajaan ini harus disokong oleh semua pihak secara holistik. Media massa mampu memberi impak besar dalam menyampaikan mesej anti penderaan kepada masyarakat. Media massa perlu kerap menyampaikan mesej pendidikan penderaan kepada penonton supaya Malaysia dapat mengurangkan statistik penderaan kanak-kanak seterusnya melahirkan peneraju negara yang berjiwa besar dan penyayang.


Bibliografi

California Department Of Education. (2016, Januari 19). Child Abuse Prevention. Diperoleh pada September 2016, 2016, dari California Department Of Education: http://www.cde.ca.gov/ls/ss/ap/childabusereportingguide.asp


Dr. Irene Cheah. (2012, April 27). Penderaan Fizikal. Diperoleh pada September 26, 2016, dari MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia: http://www.myhealth.gov.my/penderaan-fizikal/


Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2016, Januari 01). Fungsi Bahagian. Diperoleh pada September 26, 2016, dari Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat: http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=WEFTZ2F0bHRmVGQxQWlCVmIrUzFkZz09


Mastura Mohd Zain. (2015, Julai 06). Rencana. Diperoleh pada September 26, 2016, dari Untusan Online: http://www.utusan.com.my/rencana/kekang-kes-penderaan-kanak-kanak-1.110952


Utusan . (2016, April 15). Jenayah. Diperoleh pada September 26, 2016, dari Utusan Online: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/penderaan-kanak-kanak-serius-1.260222




Disediakan Oleh,


Cik Nurul Hidayah Bte Sahrom,
Jabatan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia,
Kolej Uniti Port Dickson

Manfaat Belajar Sambil Bermain Kepada Kanak-Kanak- Nur Shafiqa Binti Mohtar

Pendekatan belajar sambil bermain di tadika atau taska semakin diterima oleh masyarakat di Malaysia. Pendekatan ini dilihat sangat berkesan dalam membantu kanak-kanak dalam pembelajaran dan perkembangan mereka berbanding pembelajaran secara formal.


Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan oleh tokoh-tokoh terkenal terdahulu mengenai aktiviti bermain ini, antaranya ialah Vygotsky. Beliau menyatakan bahawa bermain membantu perkembangan bahasa  dan pemikiran kanak-kanak. Selain itu kaedah bermain juga dapat memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar.


Bermain terdiri daripada beberapa jenis antaranya solitary play (bermain sendirian), parallel play (bermain bersama-sama), associative play (main gabungan) dan cooperative play (bermain berkumpulan).


Bagi seseorang kanak-kanak, bermain adalah satu pekerjaan bagi mereka. Secara kasarnya, kebanyakan orang melihat belajar sambil bermain ini hanya main semata-mata dan tidak mendatangkan faedah, akan tetapi, melalui pendekatan ini sebenarnya dapat meningkatkan perkembangan menyeluruh kanak-kanak dari pelbagai aspek. Sebagai contoh subjek Matematik mengira nombor, kebiasaannya belajar menggunakan latihan buku dan papan tulis boleh ditukarkan dalam bentuk permainan seperti permainan “Bowling Nombor”, dimana kanak-kanak boleh belajar bermain bowling sambil belajar mengira nombor mengikut jumlah pin yang jatuh.


Pendekatan tersebut merupakan pendekatan secara “child-centered” dan banyak aktiviti “hands-on”, dimana kanak-kanak melakukan sendiri dan guru hanya membimbing dalam aktiviti. Apabila kanak-kanak sendiri yang melakukan dan menerokai sesuatu, pembelajaran tersebut lebih bermakna. Jadi sebagai guru, perlulah bijak merancang dan menyediakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan tema atau tajuk yang ingin diajar dan peringkat umur kanak-kanak supaya pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan objektif pembelajaran tercapai.


Selain itu, ibubapa juga telah semakin sedar tentang pendekatan bermain ini dapat membantu anak-anak mereka dan banyak hasil kerja tangan dan aktiviti yang dibuat sendiri seperti busyboard, busybook, kinetic sand dan sebagainya untuk anak-anak mereka main. Melalui aktiviti ini, perkembangan motor halus, motor kasar, daya tumpuan dan kemahiran menyelesaikan masalah dapat ditingkatkan.


Tambahan lagi, dengan bermain, kanak-kanak dapat berimaginasi, berkreativiti, berdikari, meningkatkan tatabahasa dan pertuturan antara guru dan rakan sebaya, mendengar arahan, bekerjasama dalam aktiviti berkumpulan.


Kesimpulannya, bermain adalah fitrah kanak-kanak. Apabila pengajaran dan pembelajaran yang ingin disampaikan selari dengan fitrah mereka, maka pembelajaran itu lebih bermakna, seronok dan menjadi lebih mudah.



Disediakan Oleh:

Puan Nur Shafiqa Binti Mohtar
Pensyarah,
Jabatan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia,
Kolej Uniti Port Dickson