Pages

Tuesday, 3 October 2017

Aktiviti Pelajar Dalam Bilik Kuliah: Simulasi Prinsip Pertolongan Cemas- Nur Akmar Mohd Arif

Pelajar Semester 6 bagi program Diploma Pendidikan Prasekolah Kolej UNITI Port Dickson mengadakan simulasi bagi memahami secara praktikall setiap prinsip pertolongan cemas iaitu TOTAPS, DRABC, RICE,CPR dan BALUTAN dengan pemantauan pensyarah sebagai sebahagian aktiviti berpusatkan pelajar di bilik kuliah.

Apakah itu pertolongan cemas?

Pertolongan cemas merupakan kaedah, perkara atau bantuan yang boleh dilakukan oleh seseorang yang berada di tempat kemalangan untuk merawat mangsa yang cedera atau sakit sementara menunggu ketibaan ambulans atau kakitangan paramedik.

Ia juga merupakan pertolongan pertama, sementara dan segera atau serta merta yang diberi kepada seseorang yang sedang sakit atau tiba-tiba jatuh sakit.

Kepentingan simulasi pertolongan cemas

Simulasi yang dijalankan adalah bagi memenuhi keperluan dalam subjek DPP3243: Keselamatan Kanak-Kanak dan Cara Perlindungan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar tentang pertolongan cemas.

Pembelajaran ini penting bagi memberi pendedahan kepada bakal pendidik ini tentang teknik dan prinsip pertolongan cemas yang betul untuk diaplikasikan ketika waktu kecemasan di tadika dengan menggunapakai pengetahuan yang dimiliki serta kemudahan yang ada di sekeliling dengan yakin.


Pelajar juga diberi pendedahan dalam teknik penggunaan patung bayi untuk memberi rawatan kecemasan CPR. Pastinya pembelajaran aktif ini juga memberi pengalaman yang menyeronokkan dan bermakna kepada bakal-bakal pendidik ini.


Disediakan oleh,

Cik Nur Akmar Binti Mohd Arif
Pensyarah,
Jabatan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia (FPPM),
Kolej UNITI Port Dickson


Galeri Foto:









Sunday, 27 August 2017

DI SEBALIK SEJARAH: Yang Tersirat Pada Peta Semenanjung Lakaran Sultan Acheh kepada Khalifah Uthmaniyyah- Hasanuddin Yusof





Pada tahun 1850, Sultan Mansur Syah Aceh telah melakar peta Alam Melayu untuk diutuskan pada Sultan Abdul Majid Uthmaniyah (ayah Sultan Abdul Hamid II).

Pada peta tersebut, Semenanjung Tanah Melayu dinamakan sebagai “Anatol” (Anatolia). Seperti sedia maklum, Anatolia adalah sebuah wilayah Uthmaniyah yang terletak di Turki.

Apa yang tersurat, nama Anatol ini membawa maksud semenanjung walaupun makna asalnya bukanlah semenanjung. Ini kerana Anatolia itu adalah sebuah semenanjung di Turki. Sedangkan semenanjung dalam bahasa Turki ialah ‘yarimadasi’

Namun saya merasakan ada yang tersirat pada peta ini kenapa semananjung Tanah Melayu ditandakan dengan nama Anatol setelah membaca kandungan surat Sultan Mansur Syah kepada Sultan Abdul Majid yang ditulis dalam bahasa Melayu. Ini hanyalah andaian saya berdasarkan penelitian pada peta dan surat.

Dalam surat yang ditulis pada tahun 1849 itu, Sultan Mansur Syah Aceh seolah-olah memberikan isyarat pada Sultan Abdul Majid agar Uthmaniyah bertapak di Semenanjung Tanah Melayu dan menjadikannya 'Anatolia' kedua buat Uthmaniyah bagi menghadapi kejahatan Belanda di Alam Melayu. Pada ketika ini Semenanjung Tanah Melayu masih bebas dari penguasaan Inggeris memandangkan Perjanjian Pangkor mula ditandatangani pada tahun 1874.

Antara kandungan surat dalam bahasa Melayu yang diutuskan oleh Sultan Mansur Syah Aceh pada Sultan Abdul Majid I (Uthmaniyah) :-

1) Adapun kerana hal ehwal surat ini Patik mengirimkan ke bawah Dauli Hadrah kerana tatkala dahulu Negeri Jawi (Alam Melayu) sekiannya orang muslim kuatlah dengan berbuat ibadah dan tetaplah agama Islam dan senanglah kehidupan segala orang fakir dan miskin dan lainnya. Dan sekarang sudah lama binasa negeri kerana sudah masuk orang kafir Belanda…..

2) Adapun sekarang ini kita hendak berlawan perang dengan orang Belanda kerana Belanda itu adalah kepala perang….

3) Adapun kerana Patik sekarang ini sangatlah musykil dan kesukaran kerana Negeri Jawa dan Negeri Bugis dan Negeri Bali dan Negeri Burniu dan Negeri Palembang dan Negeri Minangkabau sudah lama dihukumkan oleh orang Belanda dan sangatlah susah segala orang muslim….

4) Sesudah itu maka Patik berfikirlah dengan segala hulubalang dan segala orang-orang besar bagaimanalah kita ini tiadalah datang perintah dan wasatah daripada Penghulu kita di Negeri Rum adapun kerana Negeri Rum terlalu sangat jauh…..

Wallahu ‘Alam

Hasanuddin Yusof 
Maktab Penyelidikan
Tamadun Islam Nusantara

Friday, 25 August 2017

BENGKEL KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS DENGAN PENGGUNAAN PATUNG BABY ANNE- Nur Akmar Mohd Arif

10 Ogos 2017- Sebuah bengkel “Teknik Penggunaan Patung Baby Anne” telah diadakan khusus untuk pensyarah Jabatan Pendidikan FPPM bertempat di Bilik Kuliah 11, UNITI Village. ini memberi pendedahan kepada para pensyarah tentang tips hadapi situasi kecemasan dan bagaimana memberi pertolongan cemas kepada kanak-kanak jika berlaku kecemasan di tadika mahupun di taska.

Bengkel ini memberi pengetahuan berguna kepada pensyarah tentang teknik penggunaan patung baby anne dengan cara yang betul, lebih yakin dan selamat oleh jurulatih bertauliah, Puan Sharifah Aini, merangkap Pengarah Urusan Tadika Bistari yang juga merupakan pengusaha Tadika Bistari Petaling Jaya.

Bengkel ini telah memberi peluang kepada semua pensyarah Jabatan Pendidikan FPPM untuk melakukan simulasi pertolongan cemas bagi rawatan kecemasan bayi tercekik dengan menggunakan patung baby anne.

Kepentingan kemahiran pertolongan cemas

Pertolongan cemas merupakan kaedah, perkara atau bantuan yang boleh dilakukan oleh seseorang yang berada di tempat kemalangan untuk merawat mangsa yang cedera atau sakit. Ia juga merupakan pertolongan pertama, sementara dan segera atau serta merta tetapi tidak dapat menggantikan pihak doktor, jururawat atau paramedik.

Kemahiran pertolongan cemas ini perlu dikuasai oleh semua pensyarah supaya teknik ini boleh diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna dalam aktiviti hands on bersama pelajar dalam bilik kuliah.

Ia juga menjadi bukti betapa tenaga pengajar adalah terlatih dan komited dalam melahirkan graduan Diploma Pendidikan Pra Sekolah dan Diploma Pendidikan Awal dan Asuhan Kanak-Kanak di Kolej UNITI Port Dickson.


Disediakan oleh, 

Nur Akmar Mohd Arif,
Pensyarah, 
Jabatan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, 
Kolej UNITI, Port Dickson.


Foto Galeri:









Thursday, 24 August 2017

TUJUH kebaikan blok mainan Artera kepada perkembangan kanak-kanak-Nur Filzahana bt. Ramlee

Apabila mendengar permainan berkomponen blok binaan, sudah semestinya ibu bapa dapat bayangkan yang mereka perlu mengutip setiap blok binaan yang bersepah setelah anak-anak bermain dan seterusnya menyesal kerana membelikan blok binaan itu untuk anak-anak. Tetapi tahukah anda bahawa sebenarnya permainan seumpama ini membantu dalam merangsang minda dan perkembangan-perkembangan yang lain, bahkan kepada kanak-kanak autisme!


Permainan seperti blok binaan ini dapat membantu anak-anak memberi tumpuan kepada perkara-perkara asas seperti bentuk dan warna. Mari kita tinjau dengan lebih lanjut TUJUH kebaikan dan kelebihan permainan blok binaan terhadap anak-anak kita.


1) Menguji tahap pemikiran kanak-kanak

Permainan lego ini dapat menguji tahap pemikiran kanak-kanak terutamanya kanak-kanak yang berumur 3 hingga 4 tahun. Permainan ini sebenarnya dapat merangsang deria anak-anak dan membantu mengoptimumkan otak anak-anak. Semakin banyak rangsangan yang kanak-kanak dapat, semakin banyak sel neuron yang akan berhubung. Dan, semakin banyak sel neuron anak anda berhubung, semakin otak anak anda berfungsi dengan baik. Hasilnya, anak anda akan lebih pintar!


2) Merangsang kreativiti anak

Blok binaan juga dapat membantu meningkatkan kreativiti anak-anak kerana permainan ini melibatkan imaginasi dan daya pemikiran. Bayangkan dengan hanya menggunakan komponen-komponen yang ada anak-anak anda mampu menghasilkan sesuatu yang di luar jangkaan kita mereka boleh lakukan dapat peringkat umur mereka. Apa sahaja yang terlintas di fikiran anak-anak ini dapat dizahirkan dengan binaan.


3) Meningkatkan pemikiran kognitif

Blok binaan juga dapat membantu dalam memperkembangkan lagi kemahiran kognitif anak-anak. Bagaimana pula blok binaan ini membantu di dalam perkembangan kognitif ini? Ketika bermain, kanak-kanak akan memasang komponen blok binaan dan mencantumkan ia di antara satu sama lain. Ia dapat membantu otak kanan dan otak kiri saling berhubung dan merangsang sel-sel otak untuk mengembangkan kemampuan berfikir


4) Mengajar bersabar 

Ketika kanak-kanak sedang bermain, deria penglihatan, sentuhan, dan pendengaran mereka akan dirangsang. Sebagai contoh, kanak-kanak yang sedang bermain blok binaan perlu bersabar dalam menyusun kepingan blok tersebut dan mencantumkannya antara satu sama lain untuk mendapatkan hasil yang mereka inginkan. Ini bukan sahaja dapat membantu kanak-kanak dalam perkembangan kreativiti dan kemahiran mereka, malah juga mengajar kanak-kanak bersikap toleransi dan bersabar secara tidak langsung.


5) Melahirkan perasaan

Tahukah anda bahawa bermain merupakan suatu bentuk kesenian bagi kanak-kanak? Alat permainan yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak dapat memberi peluang kepada kanak-kanak melahirkan perasaan mereka. Apabila bermain, kanak-kanak tidak terikat dengan peraturan, dan dengan ini dapat mwujudkan suatu personaliti sihat dan baru. Sekiranya anak-anak bermain blok binaan bersama kawan, ini secara tidak langsung dapat membentuk personaliti untuk bekerjasama dan mengikut peraturan.


6) Koordinasi motor halus


Permainan blok binaan sebenarnya dapat membantu kanak-kanak dalam koordinasi motor halus iaitu kemahiran mata dan tangan. Ketika bermain, mereka akan mencantumkan antara komponen tersebut dengan tepat pada ruangan dan sudut yang betul. Jadi sekali gus ini dapat membantu di dalam kemahiran koordinasi mata dan tangan.


7) Melatih daya ingatan


Permainan ini juga mampu merangsang daya ingatan anak-anak tentang bentuk dan warna yang akan disusun dengan betul. Si manja anda akan mengingati gamabr yang dilihat sebelum mereka mula meyusunnya. Pada ketika ini, kanak-kanak akan sedaya upaya mereka mencantum dan memasang sesuai dengan ingatannya.


Oleh itu, sekiranya anda mencari produk berkomponen blok binaan, maka produk ARTERA merupakan produk yang tepat untuk anak anda. Hantarlah anak anda ke sekolah yang menggunakan produk Artera sebagai alat tambahan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ia bukan sahaja dapat membantu merangsang minda anak, malah membentuk anak-anak anda ke arah menjadi seorang jurutera mahupun arkitek.


Disediakan oleh, 

Nur Filzahana bt. Ramlee, 
Pensyarah, 
Jabatan Pendidikan, 
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Kolej UNITI Port Dickson.

4 SEBAB ARTERA PILIHAN TERBAIK SETIAP TADIKA- Asyraf Azeman

Antara perkara utama yang menganggu benak usahawan tadika ialah untung dan rugi serta pendapatan dan kos. Jika kanak-kanak yang belajar di tadika itu ramai, terukir sedikit senyuman manis di bibir pengusaha sesebuah tadika, namun kalau kurang yang datang, pahit dan tawar perlu ditelan jua.

Sama ada pendapatan melebihi perbelanjaan atau pun sebaliknya, ia menjadi kerisauan utama pengusaha tadika. Namun, dengan adanya program Artera yang baru diperkenalkan, ia memberikan impak yang positif terhadap pengurusan kewangan yang perlu ditangani oleh pengusaha tadika. 

 Bagaimana?

Disini, penulis berikan Empat sebab kenapa program Artera pilihan terbaik untuk pengusaha tadika:

Program Artera ini adalah  #pelaburan bijak yang boleh digunakan oleh para pengusaha tadika. Guru memerlukan alat bantuan mengajar yang pelbagai setiap kali pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi beberapa tunjang berlaku di tadika. Demi mencapai objektif pengajaran secara berkesan,guru terpaksa menyediakan bahan bantuan pengajaran  yang menelan kos yang banyak. Tetapi, dengan program Artera, harapan untuk membina dan memiliki pelbagai alat bantuan mengajar itu dapat dicapai hanya dengan sekali kos pemilikan. Ya, sekali kos sahaja! Bijak bukan?


Selain itu, melalui program Artera ini  setiap kanak-kanak yang belajar di tadika perlu memiliki set individu Artera. Jika tidak, mereka tidak dapat mengikuti perjalanan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan Artera. Justeru, ini dapat membantu para pengusaha tadika #menjana pendapatan sampingan selain daripada yuran tahunan daripada hasil jual beli set individu Artera pada setiap kanak-kanak di tadika anda.


Hasil binaan model yang menarik berdasarkan tema-tema di dalam KSPK boleh didapati melalui program Artera ini. Setiap model ini dapat menarik minat kanak-kanak untuk membinanya. Kanak-kanak yang boleh dan dapat serta berjaya membina model-model ini secara tidak langsung akan terdorong untuk membina model-model lain yang ada dalam imaginasi mereka. Keadaan ini hanya boleh diperoleh di tadika-tadika yang turut serta di dalam program Artera.


Kanak-kanak di luar program Artera yang inginkan pengalaman pembelajaran Artera mahu tidak mahu, harus belajar di dalam tadika yang berArtera juga. Inilah peluang rezeki dan #daya penarik tadika buat para pengusaha.


Usah berlengah lagi mencari alasan yang sudah ada jawapan. Mari bersama para pengusaha tadika yang telah berArtera.


Disediakan oleh,


Asyraf bin Azeman,
Pengurus Tadika Bijak Ilmu,
(Juga Pensyarah di Jabatan Pendidikan, FPPM, Kolej UNITI Port Dickson)

Wednesday, 23 August 2017

MOTIVASI


Tuesday, 22 August 2017

Bangkitlah Remaja Islam- Faridah Mohd Tap



"Buku karya Faridah Mohd Tap ini telah berjaya mengumpulkan skop yang luas bagi bidang aktiviti dan capaian yang harus ditangani para remaja. Yang istimewanya, beliau telah berjaya menggarap isu remaja dalam persepsi tempatan dan sangat relevan dengan remaja kita hari ini."
"Para kumpulan remaja, pelajar IPT, kumpulan usrah dan NGO belia boleh menjadikan buku ini antara modul dan rujukan dalam sesi latihan, majlis usrah dan halaqah malah bahan muzakarah. Semoga penggarapan isu remaja ini sampai ke sasarannya." 
(Dato' Haji Muhammad Zakaria, Aktivis Belia, Dakwah Antarabangsa dan Misi Kemanusiaan) 


Persoalan tentang "Siapakah aku?" seringkali bermain-main di minda dalam kalangan golongan remaja untuk mencari identiti diri. Justeru, tempoh remaja amat kritikal kerana remaja mula membentuk identiti sama ada secara positif atau negatif.

Hakikatnya, zaman muda adalah zaman penuh kegemilangan seorang manusia jika dibangunkan jiwa kepemudaannya berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah, maka akan lahirlah sosok belia yang hebat.

Dalam Al-Qur'an juga banyak aspek kepemudaan dinukilkan dalam firmanNya antaranya dalam surah Ar-Rum, ayat 54 yang bermaksud,

"Allah yang menciptakan kamu bermula daripada keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu, ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Dia yang menciptkan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa."


Justeru, penulis rangkumkan keprihatinan penulis yang membelenggu remaja hari ini  menerusi kompilasi artikel berkaitan remaja agar mengorak rasa dan langkah untuk 'Bangkit' menjadi sosok yang hebat dan berjasa.


Buku ini merupakan kompilasi pelbagai aspek remaja, gender, cinta, sosial, pendidikan dan politik yang boleh membantu adik-adik remaja untuk membuat anjakan paradigma bahawa era belia bukan untuk berseronok tanpa hala tuju. Tapi, anda adalah lebih lagi....

Dapatkan senaskah hari ini dengan berhubung terus dengan penulis merangkap pensyarah di bawah FPPM Kolej UNITI menerusi talian: 013- 611 5468 atau layari Telaga Biru untuk previu dan belian online:

http://www.telagabiru.com.my/produk/buku/bangkitlah-remaja


6 Aktiviti Tingkatkan Semangat Patriotik Kanak-Kanak Sempena Bulan Kemerdekaan!- Nur Akmar Mohd Arif

Wahhhh Bulan Ogos datang lagi!

Bulan Ogos juga dikenali sebagai bulan kemerdekaan kerana negara kita saban tahun meraikan hari kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957.


Jom kita lakukan enam aktiviti menarik untuk kanak-kanak di tadika bagi meningkatkan keterujaan dan semangat patriotik dalam diri mereka. Ayuh serlahkan jiwa kemerdekaan si cilik dengan aktiviti yang bermakna sepanjang Bulan Ogos ini!

Ihsan imej: google
Pertama, aktiviti melukis dan mewarnakan bendera Malaysia. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak boleh mengenali warna-warna yang terdapat di Bendera Malaysia iaitu kuning, biru, putih dan merah. Sama ada menggunakan pensil warna, crayon atau warna air, kanak-kanak memang suka mewarna! Serlahkan bakat mereka dengan mewarnakan bendera Malaysia di kain rentang untuk sedia dikibarkan dengan bimbingan guru.


Kedua, aktiviti menyanyikan lagu Negaraku. Kanak-kanak perlu diajar berdiri tegak sebagai tanda hormat sepanjang berkumandangnya lagu Negaraku. Si cilik yang berdiri tegak sambil menyanyikan lagu ini dengan penuh semangat pastinya menyentuh hati bagi sesiapa sahaja yang mendengarnya.


Ketiga, aktiviti menonton filem-filem bersejarah bersama guru juga boleh dilaksanakan di tadika seperti cerita Leftenan Adnan Dan Bukit Kepong. Aktiviti seperti ini boleh membangkitkan semangat patriotik dan sayangkan negara dalam kalangan kanak-kanak ini. Mesej daripada filem yang ditonton ini perlulah disampaikan oleh guru secara santai dan mudah difahami oleh kanak-kanak cilik ini.


Keempat, aktiviti bercerita juga boleh dijalankan di tadika sama ada menggunakan video, surat khabar atau big book. Guru boleh bercerita tentang Hari Kemerdekaan, Tokoh Kemerdekaan, Perdana Menteri Malaysia, Bendera Malaysia dan lain-lain lagi. Guru juga boleh bercerita tentang Bunga Kebangsaan iaitu bunga raya.


Kelima, kanak-kanak boleh dilibatkan dengan perarakan kemerdekaan dengan bimbingan guru. Berarak dengan memakai baju kebangsaan sambil mengibarkan bendera Malaysia dapat meningkatkan semangat patriotik dan perasaan cintakan Negara. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak juga didedahkan dalam persekitaran sosial yang sihat dan harmoni.


Keenam, pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik dan sajak kemerdekaan pastinya meningkatkan keterujaan kanak-kanak. Selain menambah kosa kata dan meningkatkan perbendaharaan kata, aktiviti pertandingan seperti ini juga dapat membangkitkan perkembangan emosi yang positif dalam kalangan kanak-kanak.

Ayuh! Kobarkan semangat patriotik dan sayangkan negara pada si cilik melalui perancangan aktiviti yang menarik lagi bermakna di tadika.


Disediakan oleh,


Nur Akmar Binti Mohd Arif
Pensyarah (Jabatan Pendidikan),
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia,
Kolej UNITI Port Dickson

Wednesday, 26 July 2017

Tinkle, Tinkle Little Car- Cecilia L. Goodbody



Tinkle, Tinkle Little Car
By Cecilia L. Goodbody

Tinkle, Tinkle little car
How I wonder what you are.

Leaking oil every day
Having it your own way.

Going up hills real slow
I don't want you any more.

Tinkle, Tinkle little car
Boy, what a lemon you are.

On the Ning Nang Nong
by Spike Milligan

On the Ning Nang Nong
Where the Cows go Bong!
and the monkeys all say BOO!
There's a Nong Nang Ning

Where the trees go Ping!
And the tea pots jibber jabber joo.
On the Nong Ning Nang
All the mice go Clang
And you just can't catch 'em when they do!

So its Ning Nang Nong
Cows go Bong!
Nong Nang Ning
Trees go ping
Nong Ning Nang
The mice go Clang

What a noisy place to belong
is the Ning Nang Ning Nang Nong!!





Sunday, 23 July 2017

PERLAKSANAAN ARTERA SECARA RASMI DI TADIKA BIJAK ILMU- Nur Akmar Mohd Arif

Kolej UNITI, Port Dickson, 17 JULAI 2017- Satu majlis ringkas penyerahan produk Artera kepada para guru di Tadika Bijak Ilmu (TBI) telah diadakan dengan jayanya sebagai simbolik penggunaan produk Artera secara rasmi di Tadika Bijak Ilmu yang bernaung di bawah Kolej UNITI.

Majlis penyerahan produk Artera yang merupakan satu program baru dari Kolej UNITI ini telah disampaikan oleh CEO SERVCO UNITI, Encik Taufiq Rosidi kepada Puan Norashikin dan Puan Marsella selaku guru di Tadika Bijak Ilmu serta diiringi oleh Pengurus Tadika Bijak Ilmu, En Asyraf Azeman.

Majlis ini turut dihadiri oleh Team UNITI Early Child Care, Cik Nurshaqila Binti Toha dan Cik Nur Filzahhana Binti Ramlee yang juga merupakan pensyarah dari Jabatan Pendidikan, Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia (FPPM) Kolej UNITI.


Apa itu Artera?

Artera merupakan satu sistem pembelajaran alat mainan yang paling lengkap untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan kreatif di peringkat prasekolah yang dilengkapi dengan rancangan pengajaran, tutorial video dan manual pemasangan bagi memudahkan pengajaran serta pembelajaran merentasi mata pelajaran sains, teknologi, agama, kejuruteraan, seni dan matematik (STREAM).


Tadika Bijak Ilmu telah menjadikan Artera sebagai salah satu program pembelajaran aktif dalam usaha untuk mengasah kemahiran pemikiran aras tinggi dan penyelesaikan masalah. Pembelajaran secara bermain (toys learning system) yang digunapakai ini pastinya dapat menarik minat dan memberi keterujaan kepada kanak-kanak TBI ini selain dapat mencungkil bakat dan kreativiti mereka.


Produk hebat ini dijangka dapat meningkatkan daya pembelajaran dan kreativiti anak-anak di Tadika Bijak Ilmu serta memberi pengalaman yang sangat berbeza dalam pengajaran dan pembelajaran STREAM yang lebih menyeronokkan dan berkesan.




Disediakan oleh,


Cik Nur Akmar Binti Mohd Arif
Pensyarah Jabatan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia (FPPM),
Kolej UNITI Port Dickson



Galeri Foto:









Sambutan Hari Raya Tadika Bijak Ilmu, Taska Cahaya Tasneem dan Tabika KEMAS Bistari Kolej UNITI- Nur Akmar Mohd Arif

Majlis Sambutan Hari Raya merupakan antara aktiviti tahunan telah diadakan di Tadika Bijak Ilmu dan Taska Cahaya Tasneem dan Tabika KEMAS Kolej UNITI seliaan Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM), Kolej UNITI Port Dickson pada 7 Julai (bersamaan 13 Syawal 1438H) dan 14 Julai  (bersamaan 20 Syawal 1438 H) lalu. 


Majlis yang diadakan bersempena kedatangan bulan Syawal bukan sahaja untuk menggembirakan kanak-kanak tetapi ia juga merupakan program tahunan yang menggalakkan penyertaan dan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti anjuran Tadika dan Taska.


Majlis telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada ibu bapa serta ahli jawatankuasa Tadika dan Taska. Sokongan ibu bapa terhadap aktiviti anjuran Tadika dan Taska ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa, para guru serta AJK Tadika dan Taska itu sendiri. 


Peluang berkumpul dalam aktiviti ini juga dapat memberi ruang kepada ibu bapa untuk mengetahui perkembangan anak-anak mereka serta keadaan semasa tempat anak-anak ini membesar dan menimba ilmu dalam persekitaran yang meyakinkan.


Program yang diadakan seperti ini juga memberikan keseronokan dan keterujaan kepada kanak-kanak kerana dapat meraikan hari bahagia bersama guru dan rakan-rakan sambil dapat mengumpul duit raya bersama-sama, ditambah lagi dengan kehadiran ibu bapa yang turut memeriahkan majlis yang dianjurkan. 


Program seperti ini secara tidak langsung juga dapat menambah nilai keberkesanan program-program anjuran Tadika dan Taska dalam usaha untuk membangunkan serta meningkatkan prestasi Tadika dan Taska ini sendiri.



Tuntasnya, program tahunan yang menggalakkan penglibatan ibu bapa seperti ini wajar diadakan di setiap Tadika dan Taska sebagai tanda sokongan ibu bapa terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Tadika dan Taska selain dapat mengeratkan lagi ukhuwah yang terjalin antara ibu bapa serta warga Tadika dan Taska.


Galeri foto: