Ini kisah pelajar kami bernama
Mashitah (bukan nama sebenar) dari Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia,
Kolej UNITI Port Dickson. Mashitah merupakan seorang pelajar yang sangat ceria
dari Utara Semenanjung Malaysia. Beliau merupakan pelajar tahun akhir yang
sedang menjalani Latihan Praktikum di salah sebuah tadika di Negeri Sembilan.
Sepanjang menjalani Latihan
Praktikum, prestasi yang ditunjukkan amatlah cemerlang sehingga guru
pembimbingnya memuji hasil kerjanya. Mashitah juga disayangi oleh anak didiknya
dan warga tadika tersebut.
Namun begitu, di
pertengahan sesi Latihan Praktikum, prestasi Mashitah jatuh merundum sehingga
menimbulkan kemarahan guru pembimbingnya. Guru pembimbing Mashitah
menghubungi pensyarahnya, Puan Juwita
(bukan nama sebenar) untuk memberitahu ketidakpuasan hatinya terhadap prestasi
yang ditunjukkan oleh Mashitah. Mashitah tidak menyiapkan rancangan mengajar,
tidak membuat alat bantu mengajar dan tidak fokus ketika mengajar.
Puan Juwita lantas
menghubungi Mashitah dan bertanya akan hal yang berlaku.
“Apa hal ni? Cikgu awak dah bising dengan
saya…panas telinga saya!”.
Mashitah hanya mendiamkan
diri sahaja.
Puan Juwita bertanya
lagi.
”Kenapa awak diam? Betul ke awak tak siap rancangan mengajar?..Besar
markah RM tu..awak tahu kan..ABM pun tak buat..pemalas!
Kalau perangai awak macam
ni, saya gagalkan awak praktikum!”.
Marah sekali Puan Juwita kepada Mashitah.
Di hujung talian, terdengar tangisan Mashitah.
“Madam…ayah saya baru
sahaja meninggal dunia. Saya bukan tak nak bagitahu tetapi saya tak nak
menyusahkan sesiapa. Mungkin kerana banyak sangat berfikir, saya hilang fokus.
Lagipun, tinggal ibu saya sahaja di kampung. Saya nak tangguh praktikum…Boleh
ke madam?” Terang Mashitah.
Puan Juwita terkejut
mendengar penjelasan Mashitah.
Baru kini beliau mengerti permasalahan yang dihadapi
Mashitah.
Puan Juwita tidak mahu Mashitah gagal praktikal hanya kerana gagal mengawal emosi sedih akibat kematian ayahnya.Puan Juwita menjadi orang yang bertanggungjawab memotivasikan Mashitah untuk meneruskan
Latihan Praktikum yang tinggal berbaki beberapa minggu lagi sebelum pulang
menjaga ibunya.
Akhirnya berkat usaha
gigihnya berserta sokongan rakan-rakan dan pensyarah, Mashitah berjaya
menamatkan Latihan Praktikum dengan jayanya. Beliau mendapat pujian daripada
guru pembimbingnya kerana kreativiti dan kesungguhannya mengajar anak didiknya
di tadika tersebut. Alat bantu mengajar yang dihasilkan juga mendapat pujian
daripada guru dan pensyarahnya, Puan Juwita.
Rancangan mengajar? Memang
siap, tiada lopong lagi!
Suatu hari…
Puan Juwita
terjumpa Mashitah di pejabat pentadbiran Kolej UNITI Port Dickson. Rupa-rupanya Mashitah
datang untuk melapor diri sebagai guru di Pusat Perkembangan Awal Kanak-Kanak
Kolej UNITI Port Dickson.
Puan Juwita telah mendapat berita bahawa Mashitah telah lulus dan
berjaya dalam sesi temuduga yang dijalankan oleh pihak Kolej UNITI Port Dickson. Dulu dia
sebagai pelajar, dan kini menyumbang bakti sebagai guru di Pusat Perkembangan
Awal Kolej UNITI!
“Alhamdulillah..berjaya juga pelajar ini…”Bisik
hati kecil Puan Juwita.
0 comments:
Post a Comment