Sekarang ni
banyak sangat isu dan masalah yang berkaitan dengan moral.
Kadang-kadang
rasa macam tak masuk akal macamana manusia boleh buat perkara yang tidak
berperikemanusiaan.
Tiba-tiba
teringat pada seorang pelajar Diploma Pendidikan Islam Sekolah Rendah (DPISR)
Kolej UNITI Port Dickson...pelajar baru ambilan September …
Namanya
Erisshah..sedap namanya selembut orangnya.
Hari pertama
kelas berlangsung dimulakan dengan sesi ta’aruf. Almaklumlah tak kenal maka tak
sayang kan? Ewah!!!
Jadi macam biasa
soalan wajib ustazah pada semua pelajar saya yang nak ambil bidang ini,
“Erisshah..boleh
saya tahu kenapa awak nak ambil bidang agama ni?” Tanyaku kepadanya.
“Erm… ustazah
sebenarnya saya tak berapa pandai dalam bidang agama…tapi saya suka tengok
orang yang belajar agama…”. Balasnya.
Alhamdulillah...
Lapang hati
rasanya dengar bila masih ada orang yang berminat dengan bidang agama ni.
Bukan
apa…ramai yang fikir bila ambil bidang agama je mesti jadi ustaz dan ustazah
sedangkan sebenarnya banyak sangat ruang dan manfaat lebih-lebih lagi untuk
diri sendiri dan keluarga.
Tahun 2018,
Erisshah akan berada di semester dua.
Alhamdulillah keputusan peperiksaan
akhirnya sangat baik.
Semoga Erisshah akan terus bersemangat untuk mencari ilmu
dunia dan akhirat ini.
Moralnya,ustazah
nak simpulkan, ‘biar tidak pandai tapi mahu belajar’. Kerana keazaman untuk
belajar menjadikan pelajar ini seperti mutiara di lautan. Terbenam tapi
bernilai. Tugas ustazah untuk mengenal dan menggilap potensi pelajar-pelajar
dibawah kelolaan ustazah agar dapat menjadi seumpama mutiara.
Nak tahu apa
manfaat lain dalam bidang DPISR ni…
Jom hubungi ustazah Sara sekarang di talian: 016-556 2784 (HP) atau emel: nursara@uniti.edu.my
(Ustazah Nursara Yaacob merupakan Ketua Program bagi Diploma Pendidikan Islam Sekolah Rendah (DPISR) Kolej UNITI Port Dickson. Berkelulusan dalam bidang ijazah sarjana muda Usuluddin Tafsir Hadis, Universiti IAIN Sumatera Utara, Medan Indonesia. Berpengalaman mengajar lebih tujuh tahun di kolej ini.)
0 comments:
Post a Comment