Ihsan imej: Pinterest.com |
“Penat saya datang jauh-jauh, dengan melayan lukisan peta kamu yang ke laut tu, buku log kosong sahaja yang kamu bagi dekat saya? Tidak mengapa, semua ini saya cuba untuk telan. Tetapi apabila kamu mula mengajar, kelas sudah macam hendak kiamat, ini memang keterlaluan. Saya tidak boleh dan tidak dapat hendak hadam.” Marahku kepada Zila.
“Hati aku cukup-cukup tidak puas dan sakit. Suka hati
engkaulah. Engkau yang praktikal, aku pensyarah cuma datang menyelia sahaja.
Gaji aku tetap dibayar.” Marahku didalam hati.
“Sir, tolonglah marah saya, banyak perkara yang saya
tidak tahu”. Begitulah jawapan Zila saat dimarah.
Zila sedang menitiskan air mata di hadapanku selepas
selesai penyeliaan pertama. Dia benar-benar belajar.
“Adakah perlu aku terus marah? Tidak untung satu sen pun
rasanya. Hati aku mula positif. Dia perlu disentuh.” Aku menenangkan diri.
Zila adalah seorang pelajar yang biasa-biasa. Aku sendiri
pun ingat-ingat lupa pelajar ini dari kelas yang mana satu. Di dalam senarai
pelajar gred A kursus-kursus yang aku ajar, macam tiada nama dia yang aku
rekod. Tetapi kali ini aku betul-betul nampak yang dia ini boleh diurus.
Aku beri tahu, “kalau kamu boleh dan hendak dapat A
daripada saya, ikut apa yang saya cakap”.
Ternyata Zila khusyuk mendengar satu-persatu apa yang aku
khutbahkan percuma kepadanya. Aku nampak
pen di tangannya menari menulis sesuatu di atas buku log yang telah aku lanyak
dengan pen merah penuh komen. Tersenyum kelat dia apabila aku doakan semoga
berjaya.
Penyeliaan kedua, 180 darjah dunia aku terbalik. Tadika
tempat Zila yang terakhir aku lawat, tetapi yang paling lama aku bertapa. Kelas
meriah umpama berhari raya. Kanak-kanak gembira dengan aktiviti pembelajaran
mereka. Buku log pula sudah seperti naskhah surat khabar penuh dengan tulisan.
“Kamu dah jumpa jalan!!!”, ringkas komen yang aku beri
padanya.
Tidak lama selepas itu.
“Sir, terima kasih tau!” tiba-tiba aku disapa oleh suara.
“Eh, apa kamu buat di sini?” Ego nadaku bertanya menutup
rasa terkejut.
“Pengurus hantar saya sebagai wakil daripada tadika untuk
program ARTERA yang sir jalankan ni. Kenapa sir beri A pada saya? Saya sudah
tidak terbayang pun A untuk praktikal ni. Tapi sekarang saya sudah jumpa dunia
saya, mendidik kanak-kanak prasekolah ni”, panjang jawapan Zila.
“Ya”, jawabku ringkas.
“Bukan saya yang
beri, tapi kamu yang cari”. Tambahku lagi.
Hendak tahu apa yang Zila coretkan pada buku lognya
ketika aku berkhutbah percuma?
Cari jawapan itu di FPPM Kolej UNITI Port Dickson .
Sekejap, ARTERA ITU APA PULA?
Cari jawapan itu di FPPM Kolej UNITI Port Dickson .
Sekejap, ARTERA ITU APA PULA?
0 comments:
Post a Comment