Rasa marah dan kecewa itu hanya sementara...
29.03.2016.
Tarikh aku mendaftar diri di
Kolej UNITI Port Dickson.
Tarikh keramat ini aku
digelar sebagai Mahasiswa di sebuah IPTS.
Seperti kebanyakkan
kawan-kawan sebayaku, kami begitu teruja memasuki IPT kerana ia menjadi lambang
kemegahan bagi semua pelajar lepasan SPM.
Selepas keputusan SPM
diumumkan, aku mula berangan-angan sambung belajar dalam bidang yang aku suka
di tempat yang megah.
Aku membayangkan tempat
belajarku pasti selesa, cantik, gah dan hebat.
Tetapi angan-anganku mati.
Aku seolah-olah terperanjat dengan apa yang kulihat.
Kolej
UNITI Port Dickson bukanlah satu kolej yang se gah yang
dibayangkan tetapi sekadar biasa-biasa sahaja.
Aku bersedih.
“Mengapa aku dicampakkan
disini?” Tangisku setiap hari.
Aku sering menanyakan soalan
itu pada diri seolah-olah mempersoalkan takdir dari-Nya.
Allahu.
Dua minggu awal menjejaki Kolej Uniti Port Dickson, air mata tidak
henti mengalir.
Tiap-tiap malam mata ini
mengeluarkan tangisan.
Tangis kerana rindu akan keluarga, rindu mama dan ayah. Almaklumlah
aku tidak pernah berjauhan dari mama ayah.
“Sampai
bila aku akan menangisi nasib diri?” Monologku didalam hati.
Maka, suatu hari aku memaksa
diri untuk turun ke surau mencari niat dan cita-cita yang telah aku tanam
sebelum memasuki Kolej UNITI Port
Dickson.
Sebelum memasuki Kolej UNITI Port Dickson, ayah telah
membawa aku melihat Kolej UNITI Port
Dickson ini terlebih dahulu.
Kolej ini berdekatan dengan
rumah nenek.
Reaksi pertama kali tengok
kolej ini adalah sedih sebab tidak gah langsung kolej ini.
Sudahlah berada di hujung kampung
dan agak jauh dari pekan mahupun bandar.
Dalam hati, aku memberontak
tidak suka.
Balik rumah termenung
mengenang nasib diri.
Beberapa hari kemudian, hati
tergerak nak buat sedikit pembacaan tentang Kolej UNITI Port Dickson ini melalui google.
Terbit rasa bahagia sedikit
sebab kolej ini kolej yang agak Islamik.
Jadi aku berdoa setiap hari kepada
Allah agar dipertemukan dengan seorang insan yang akan mengajar diriku makna
Islam dan Al-Quran.
Alhamdulillah, Allah Maha
Mendengar akan doa hamba-Nya.
Disini, aku belajar akan powernya kuasa doa itu. Allah dengar
akan doa aku sebagai hambaNya yang lemah.
Pada hari pertama aku masuk
ke Kolej UNITI Port Dickson, rakan
serumah telah mengajakku ke surau untuk menunaikan solat maghrib disana.
Aku ikutkan sahaja.
Seusai solat maghrib, aku
melaksanakan solat hajat.
Habis sahaja solat hajat,
aku menangis kerana rindu akan mama dan terkenangkan dosa-dosa yang lalu. Lalu,
Allah gerakkan hati untuk pandang kekanan.
Terus diri ini terlihat seorang hamba Allah yang memakai telekung berwarna
merah.
Tanpa segan silu, aku menarik dia,
“
Boleh saya pinjam akak sekejap?”, aku memulakan bicara
walaupun tanpa mengenali dia.
Akak tersebut kehairanan
melihat aku kerana menangis teresak-esak.
Tanpa berselindung, aku menceritakan
kepada akak tersebut siapa diriku dan mengapa aku menangis.
Punyalah hebat kuasa Allah,
aku bercerita segalanya kepada akak itu seolah-olah kami sudah mengenali untuk
tempoh yang lama.
Dialah orang pertama di Kolej UNITI Port Dickson yang aku percaya
dan tahu dilema aku.
Aku menyatakan betapa aku
merindui ibubapaku.
“Akak lagi jauh dik, akak duduk Sabah”. Katanya
ringkas sambil tersenyum.
Tergamam aku dibuatnya, macam
manalah dia boleh setabah dan sekuat ini.
Aku tidak mengenali diri dia, siapa dia, nama dan
kursus yang diambil, tetapi hati ini kuat mengatakan bahawa “ aku sudah ketemu
dengan orang yang aku cari. Terima kasih Allah”.
Hari demi hari aku berjumpa
dengannya di surau perempuan Uniti Village. Kami membina ukhhuwwah.
Banyak ilmu yang aku peroleh
dari dia. Dia ambil kursus Diploma Pengajian Islam di Kolej UNITI Port Dickson
ini.
Sekali lagi, aku kagum akan
kuasa doa kerana dipertemukan dengan orang yang benar.
“Akak,
saya sedihlah kenapa Kolej UNITI Port
Dickson ni tak macam kolej lain?
“Belajar dalam kabin dan biasa-biasa je. Tak kelihatan
macam kolej atau universiti pun.” Aku mengeluh kepadanya.
Akak itu tersenyum lalu dia
menjawab,
“Syaza, kita kena bersyukur kerana punya tempat untuk belajar. Tak
kisahlah tempat itu hebat atau tidak, kita tetap kena bersyukur. Kita datang
sini dengan niat nak belajar kan? Jadi kenapa kita perlu merungut hanya kerana
kolej ini tidak seperti univerisiti lain.”
Dia menjawab sambil senyum
dan berkata lagi.
“Cuba
syaza bayangkan, anak-anak sekolah pondok yang belajar Al-Quran atap mereka
bocor. Tidur pun dalam keadaan yang tidak selesa seperti kita yang punya katil.
Kita harus bersyukur dengan nikmat yang Allah beri. Jangan pandang mereka yang
diatas kita, maka susah untuk kita mengucap syukur kepada-Nya. Tetapi pandanglah
mereka yang dibawah kita, sesungguhnya kita akan rasa kitalah manusia yang
paling beruntung”. Mendengar jawapan akak ini buat aku termenung jauh.
Hari pertama Allah dah
tunjukkan dekat diri ini bahawa Dia menyayangiku. Dia menggerakkan hati ini
untuk menjejak kaki ke surau.
Mencari makna disebalik niat
yang sering disebut oleh mama, ayah dan sanak-saudaraku apabila diri ini sudah
masuk ke kolej dan bergelar mahasiswa.
Aku bersyukur ke hadrat
Illahi kerana menjawab segala pertanyaan dan keinginan diri yang hina ini.
‘Adakah aku sedia bergelar Mahasiswa?’
persoalan ini hanya diri kita boleh jawab sekiranya niat yang kita bawa ke
Kolej itu adalah benar dan kerana-Nya.
Ingatlah, walau dimana kita
belajar kita harus perbaiki niat kita dan ikhlas hati untuk menuntut ilmu. Tidak
kisahlah dimana sekali pun kita belajar, agama jangan sesekali dilupakan.
Biarlah seimbang dunia dan akhirat.
Lalu bermulalah pengembaraanku
sebagai mahasiswa Kolej UNITI Port
Dickson dengan semangat dan azam baru.
Bersambung….
2 comments:
Merungut tu hanya sekejap sahaja, sama lah mcm adah! Kenapa poli org lain semua besar? Kamsis dorang lawa2? Kenapa aku punya poli kecik, kamsis mcm tempat hantu tinggal dan sebelah bangunan lagi tempat2 org indon yg kerja kilang. Buruk mcm mana pun, janji kita dapat menimba ilmu dan dapat belajar. Mcm mana org yg tak dapat sambung langsung? Kita patut bersyukur dapat tempat untuk belajar. Mmg lah mula2 kita akan merungut sbb apa yg kita impikan tak sama langsung! Belajar lah bersungguh-sungguh. 😊
Terima kasih Nur Syuhadah atas kata semangat kepada Syaza.. Jangan lupa ikuti pengembaraan beliau pada jumaat berikutnya...
Stay tuned :)
Post a Comment